KUALA LUMPUR, 26 Mac -- Syarikat penggerudian luar pesisir Malaysia, Velesto Energy Bhd (VEB) memperoleh kontrak untuk menyediakan pelantar penggerudian jack-up bagi ConocoPhillips bernilai US$8 juta (RM33.1 juta).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, VEB berkata kontrak itu untuk menggerudi tiga telaga dengan permulaan tentatif dalam separuh pertama 2021.
VEB berkata kontrak itu diperoleh melalui Velesto Drilling Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Velesto Malaysian Ventures Sdn Bhd, yang juga anak syarikat milik penuh VEB.
VEB akan menggunakan pelantar jack-up NAGA 7 untuk kontrak tersebut. Pelantar itu merupakan pelantar jack-up dengan kaki julur bebas premium yang berupaya untuk menggerudi sehingga 30,000 kaki dan kadar operasi kedalaman air sejauh 375 kaki.
Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan VEB bagi tempoh kewangan berakhir 31 Dis, 2021.
Risiko berkaitan pelaksanaan kontrak itu adalah risiko operasi dan pelaksanaan.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]