Sarawak Energy
KUCHING, 30 Mac -- Memandangkan berlakunya kes-kes kebakaran yang berpunca daripada kegiatan mencuri bekalan elektrik sejak kebelakangan ini, Sarawak Energy, syarikat utiliti tenaga elektrik, aktif melakukan pemeriksaan dan penyiasatan meter di seluruh negeri bersama Kementerian Utiliti negeri dan polis.
Sarawak Energy, dalam satu kenyataan hari ini, mengingatkan orang ramai bahawa mencuri bekalan elektrik adalah tindakan yang membahayakan nyawa dan menyebabkan kerosakan harta benda pelanggan termasuk peralatan elektrik, yang boleh mengakibatkan kebakaran.
Oleh itu, Sarawak Energy menggesa orang ramai supaya melaporkan sebarang kegiatan mencuri bekalan elektrik kepada pusat khidmat pelanggan Sarawak Energy di talian 1300-88-3111 atau e-mel kepada customercare@sarawakenergy.com. Semua maklumat akan dirahsiakan.
Sementara itu, tiga juruelektrik berusia antara 19 dan 20 tahun ditangkap baru-baru ini sewaktu sedang membantu peniaga pasar mini 24 jam di Pusat Komersial Taman Sukma dekat sini, mencuri bekalan elektrik.
Peniaga itu telah menyambungkan bekalan elektrik secara tidak sah dengan bantuan juruelektrik berkenaan sejak awal tahun ini, menurut syarikat itu.
“Juruelektrik itu ditangkap oleh pasukan yang terdiri daripada petugas cabang utiliti Sarawak Energy, Syarikat SESCO Berhad (SESCO), Unit Inspektorat Elektrik (EIU) Kementerian Utiliti Sarawak dan polis, ketika mereka sedang dalam proses menyambungkan bekalan elektrik.
"Operasi itu berdasarkan maklumat orang ramai dan pemantauan terhadap premis itu selama beberapa bulan," menurut kenyataan itu.
Peniaga itu juga direman untuk membantu siasatan mengenai kegiatan mencuri bekalan elektrik, katanya.
Menurut rekod Sarawak Energy, peniaga itu telah melakukan kesalahan sama berulang kali dan terus berbuat demikian walaupun bekalan elektrik diputuskan sembilan kali sebelum ini.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]