Berita

Malaysia, Brunei meterai perjanjian bagi dua medan luar pesisir

Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz

KUALA LUMPUR, 5 April -- Malaysia menerusi syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas), memeterai Perjanjian Unitasi (UA) dengan Brunei Darussalam meliputi medan minyak Gumusut-Kakap dan Geronggong-Jagus East yang terletak di sepanjang sempadan maritim kedua-dua negara tersebut.

Perjanjian UA itu secara rasminya mengukuhkan penerusan kerjasama antara Malaysia dan Brunei serta mewujudkan platform bagi pembangunan bersama di kawasan itu oleh Petronas dan Sekretariat Unitasi Kebangsaan (NUS) Brunei untuk mempertingkat nilai yang diperoleh daripada aset tersebut untuk kedua-dua negara, demikian menurut kenyataan Petronas pada Isnin.

“Pemeteraian itu pada hari ini adalah bukti sinergi antara Petronas dan Kementerian Tenaga Brunei serta memaparkan satu lagi langkah ke arah memperkukuh kerjasama yang lama terjalin bagi berkongsi kejayaan yang lebih besar,” kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz yang hadir sama pada majlis tersebut.

Beliau berkata, susulan daripada pemeteraian perjanjian bermakna itu, Petronas yakin kedua-dua pihak dapat meneruskan momentum kukuh untuk membangunkan sektor tenaga di negara masing-masing demi pertumbuhan jangka panjang serta kemakmuran Brunei serta Malaysia.

Majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan pada Isnin bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-23 Malaysia-Brunei Darussalam, turut disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Brunei diwakili oleh Pemangku Menteri Tenaga, Datuk Seri Paduka Awang Matsatejo Sokiaw.

Hadir sama adalah Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Petronas Adif Zulkifli dan Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia, Mohamed Firouz Asnan.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]