Berita

Malton, HWGB meterai MoU untuk ceburi perniagaan kenderaan elektrik



KUALA LUMPUR, 26 Mac -- Malton Bhd telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Ho Wah Genting Bhd (HWGB) berkenaan hasratnya untuk melabur dalam anak syarikat milik penuh baharu HWGB iaitu HWGB EV Sdn Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Malton berkata ia bercadang untuk melabur dalam HWGB EV menerusi pengambilalihan 14 peratus kepentingan ekuiti dalam syarikat menerusi anak syarikat yang akan dicalonkan oleh Malton.

Ia menambah MoU itu akan membolehkan Malton dan anak-anak syarikatnya untuk melabur dalam perniagaan masa depan pembuatan, pemasangan dan pengedaran kenderaan elektrik (EV) HWGB EV di Malaysia.

"Pelaburan HWGB EV tertakluk kepada Malton untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan projek EV bagi penilaian seterusnya dan pertimbangan untuk pelaburan akan diputuskan setelah penilaian lebih lanjut mengenai projek serta perbincangan dengan HWGB.

"MoU itu akan membolehkan kumpulan mendapat akses kepada maklumat lanjut berhubung projek EV dan menjalankan penilaian dan kajian kemungkinan dalaman mengenai daya maju melabur dalam HWGB EV,” jelas Malton.

Pemaju hartanah itu menambah MoU itu tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham serta aset bersih, tahap kadar hutang, pendapatan dan pendapatan sesaham kumpulan.

-- BERNAMA

 




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]