Berita

Malakoff tumpu bidang baharu termasuk bida lebih banyak stesen jana kuasa kuasa RE, WTE - Pengerusi



KUALA LUMPUR, 29 Mac -- Malakoff Corporation Bhd akan menumpukan pengembangan strategiknya, sebagai sebahagian daripada bidang pertumbuhan baharu, untuk mendapatkan bidaan stesen jana kuasa tenaga boleh baharu (RE) dan sisa buangan kepada tenaga (WTE).

Pengerusinya Datuk Hasni Harun berkata RE telah dikenal pasti sebagai satu daripada bidang pertumbuhan utama dalam industri tenaga, di peringkat antarabangsa mahupun di Malaysia. 

“Permintaan terhadap tenaga akan terus meningkat memandangkan penggunaannya bertambah dalam tempoh yang panjang. 

“Dalam Malaysia, bilangan stesen jana kuasa WTE juga dijangka berkembang apabila kerajaan mengumumkan sasaran enam jana kuasa WTE di negara ini menjelang 2025,” katanya dalam Laporan Tahunan syarikat yang dikeluarkan hari ini.

Hasni berkata sebagai pemain tenaga lestari, syarikat itu akan terus menumpukan untuk memantapkan pendekatan pengurusan risiko bagi meningkatkan daya tahan perniagaannya dan melengkapkan usaha pembangunan perniagaannya.

Untuk terus mewujudkan nilai dalam operasi syarikat dan bagi pemegang kepentingannya, beliau berkata Malakoff akan mengekalkan tumpuan utamanya kepada penjimatan kos dan program pengoptimuman operasi. 

“Kami optimis pelaksanaan strategik kami akan terus membina nilai jangka panjang dan bermakna bagi pemegang saham dan pemegang kepentingan kami,” katanya. 

Malakoff  berharapkan program pemberian vaksin di seluruh dunia dan di Malaysia akan membantu meningkatkan ekonomi dunia apabila Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan 6.7 peratus bagi negara ini pada tahun ini, melantun semula daripada penguncupan 5.8 peratus pada 2020. 

Sementara itu, dalam tahun kewangan syarikat bagi 2020, hasil menyusut sebanyak 15.44 peratus tahun ke tahun kepada RM6.27 bilion, di sebabkan terutamanya pembayaran tenaga yang rendah daripada loji arang batu Tanjung Bin Power Sdn Bhd (TBP) dan Tanjung Bin Energy Sdn Bhd (TBE) berikutan penyusutan harga arang batu (ACP). 

-- BERNAMA

 




    Berita Lain-lain

Bomba Akan Sedia Garis Panduan Pemasangan Panel Solar

IPOH, 20 Mac (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengeluarkan garis panduan dalam pemasangan panel solar di bangunan, premis perniagaan dan rumah di seluruh negara.  


Ahli Dewan Negara Cadang Tnb Beri Rebat Bil Elektrik Susulan Fenomena Cuaca Panas

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) disaran memberikan rebat 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan bil elektrik dari bulan Januari ke Mac tahun ini susulan fenomena cuaca panas yang masih melanda negara.


Utp Menang Anugerah Tenaga Negara Sebagai Pengiktirafan Usaha Kemampanan

KUALA LUMPUR, 18 Mac  (Bernama) -- Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah menerima Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) 2023 di bawah Kategori Anugerah Khas untuk Institusi Pengajian Tinggi, sebagai pengiktirafan terhadap usaha-usaha kemampanannya.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]