Berita

Petronas tambah kapal LNG global dengan tiga kapal baharu

File pix

KUALA LUMPUR, 29 April -- Petronas LNG Ltd (PLL) menandatangani Perjanjian Carter Berdasarkan Tempoh (TCP) bagi tiga kapal gas asli cecair (LNG) baharu dengan pemilik kapal, Hyundai LNG Shipping (HLS), menjadikan jumlah kapal globalnya sebanyak 27 kapal.

Menurut Petronas kapal-kapal berkapasiti 174,000 meter padu itu dijangka diserahkan mulai suku kedua 2024 secara berperingkat, dan akan digunakan terutama untuk membawa kargo dari LNG Canada -- menyumbang lagi kepada bekalan yang kompetitif dan tidak terjejas kepada pelanggan.

“Kapal pelbagai saiz telah membolehkan syarikat untuk menghantar LNG ke lebih 25 negara dari portfolio bekalan global yang terletak di Malaysia, Australia, Mesir dan Kanada pada 2024,” jelasnya dalam kenyataan pada Khamis.

Sehingga kini, Petronas telah menghantar lebih 11,500 kargo LNG ke seluruh dunia.

Perjanjian TCP dengan HLS diberikan melalui pelaksanaan tender antarabangsa yang akan menyokong portfolio perniagaan LNG global Petronas yang semakin berkembang.

Sebagai sebahagian perjanjian itu, HLS telah menandatangani kontrak pembuatan kapal dengan Hyundai Heavy Industries (HHI) untuk pembuatan ketiga-tiga kapal tersebut.

Apabila siap, kapal-kapal itu akan menjadi antara pengangkut LNG paling cekap tenaga yang pernah dibina, dengan penjana aci dikuasakan oleh LNG, menurut Petronas.

“Kapal-kapal ini juga dilengkapkan dengan sistem pelinciran udara bagi mengurangkan rintangan badan kapal dan dicipta dengan reka bentuk badan kapal dioptimumkan supaya dapat meredakan seretan aerodinamik di laut,” tambahnya.

Kapal mesra alam ini akan dilengkapi dengan Penyelesaian Kapal Pintar Bersepadu untuk meningkatkan proses pemantauan prestasi.

Secara keseluruhannya, ciri-ciri ini akan membolehkan kapal-kapal ini mencapai jejak pelepasan karbon paling rendah dalam kelasnya, membuktikan lagi komitmen Petronas dalam usaha memberi penyelesaian tenaga yang lebih bersih secara bertanggungjawab.

-- BERNAMA

 




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]