Berita

TNB akan tingkatkan peratusan penyertaan vendor Bumiputera untuk bekal tenaga elektrik



KUALA LUMPUR, 12 April  -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) berhasrat untuk meningkatkan peratusan penyertaan vendor Bumiputera dan nilai tambah dalam kumpulan vendor syarikat utiliti tersebut. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ir Baharin Din berkata peningkatan peratusan vendor Bumiputera tersebut adalah untuk projek pembekalan tenaga elektrik negara. 

“Jumlah perolehan tahunan kami sebanyak RM8 bilion dan 53 peratus adalah Bumiputera. 

“Strategi kami, sebagai contoh adalah meter pintar. Kami sedang menyediakan vendor tempatan dari segi pemasangan dan perkilangan supaya peratusan penglibatan tender tempatan dalam meter pintar mencapai kadar 100 peratus pada masa depan,” katanya selepas menghadiri program Hari Terbuka Vendor TNB di sini hari ini. 

Setakat ini, TNB mempunyai hampir 800 vendor tempatan dan 30 pengilang tempatan.

Baharin berkata program pemasangan meter pintar kini mencatatkan perolehan sebanyak RM1.2 bilion. 

“Projek meter pintar telah membuka peluang pelaburan kepada pengilang dan pembekal tempatan untuk memenuhi keperluan meter, infrastruktur telekomunikasi dan perisian yang berkaitan dengan nilai perolehan melebihi RM1.5 bilion untuk tempoh tiga hingga empat tahun akan datang,” katanya.

Menurutnya, terdapat pelbagai inisiatif lain yang dilaksanakan TNB seperti teknologi grid pintar dengan ciri Internet of Things yang dapat menyumbang kepada aktiviti ekonomi untuk para pembekal. 

Bertemakan "Business Opportunity: Towards New Economy", hari terbuka tersebut dihadiri lebih 150 vendor TNB.

--  BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]