KUALA LUMPUR, 26 April -- Anak syarikat milik penuh KPower Bhd, KPower Engineering Sdn Bhd telah diberikan empat kontrak dengan nilai keseluruhan RM510 juta daripada Cabaran Hijau Sdn Bhd, Selat Serasi Sdn Bhd, Denai Delima Sdn Bhd dan Koridor Mentari Sdn Bhd.
Kontrak itu adalah antara lain bagi menjalankan kerja-kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, pengoperasian dan penyiapan loji jana kuasa mini hidro di Pahang dengan kapasiti 18.7 megawatt (MW) di Sungai Jelai Kecil, 13.9 MW di Sungai Telom dan 12MW di Sungai Lemoi serta loji 5.25 MW di Sungai Kampar, Perak.
Dalam kenyataan hari ini, Kpower berkata pihak yang terbabit akan menandatangani perjanjian definitif dalam tempoh 60 hari bekerja daripada tarikh penerimaan kontrak projek itu untuk dimulakan segera.
Pengarah Urusan Kumpulan Mustakim Mat Nun berkata kontrak di Pahang merupakan kontrak pertama kumpulan itu di negeri berkenaan, manakala kontrak tambahan di Perak dijangka membolehkan Kpower untuk terus berkembang di negeri itu.
“Dengan sasaran ASEAN untuk mencapai 35 peratus tenaga boleh diperbaharu dalam kapasiti tenaga terpasang dan kehadiran tempatan dan serantau prasedia kami, kami berada di kedudukan yang baik untuk pertumbuhan,” katanya.
Setakat ini, kumpulan itu meraih nilai perolehan kontrak yang agak besar berjumlah RM2.3 bilion di negara ASEAN dan Nepal sejak 2019.
Bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021, Kpower memperoleh projek bernilai RM1.2 bilion dan yakin untuk meraih lebih RM2.0 bilion.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]