KOTA KINABALU, 3 Jan (Bernama) -- Kerajaan Sabah melihat pengambilalihan kuasa kawal selia ke atas bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu daripada kerajaan Persekutuan akan memudahkan perlaksanaan pelan mantap bagi memastikan bekalan tenaga yang stabil di negeri itu.
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Straits Energy Resources Bhd yang disenaraikan di Bursa Malaysia berkata anak syarikatnya Tumpuan Megah Development Sdn Bhd bakal menceburi industri dagangan biofuel marin dan pengisian bahan api pada suku pertama 2024 selepas mendapat perakuan daripada skim Pensijilan Kelestarian dan Karbon Antarabangsa (ISCC EU).
KOTA KINABALU, 28 Dis (Bernama) -- Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyasarkan untuk menurunkan Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem (SAIDI) hingga 100 minit menjelang 2030 dalam usaha mengurangkan gangguan bekalan elektrik untuk rakyat di negeri ini.
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Langkah kerajaan mengekalkan pemberian rebat dua sen/kwj kepada pengguna dengan bil elektrik bulanan bawah RM220, memberi kelegaan terutama kepada golongan B40 yang berdepan masalah kenaikan kos sara hidup ketika ini.
KULIM, 27 Dis (Bernama) -- Pengguna domestik (tarif N1) dengan penggunaan elektrik sebanyak 1,500 kilowatt-jam (kWj) dan ke bawah di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dekat sini, nyata lega apabila tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik tahun hadapan.
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneruskan momentumnya dalam memacu peralihan tenaga mampan menerusi kerjasama strategik antara anak syarikat milik penuhnya GSPARX Sdn Bhd dengan penyedia solusi tenaga pintar dan solar fotovoltaik (PV) global Trina Solar.
PUTRAJAYA, 26 Dis (Bernama) -- Sejumlah 561,000 atau 99 peratus pengguna domestik di Sabah dan Labuan tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2024, demikian menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).
KUANTAN, 26 Dis (Bernama) -- Para peniaga kecil yang terhimpit dengan peningkatan kos sara hidup kini boleh menarik nafas lega kerana pelarasan tarif elektrik di Semenanjung mulai tahun depan tidak menjejaskan mereka dan hanya melibatkan pengguna bekalan tinggi.
PUTRAJAYA, 26 Dis (Bernama) -- Sejumlah 5,159 atau 99 peratus pengguna domestik di Kulim Hi-Tech Park, Kedah (KHTP) tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik dan akan menerima subsidi daripada kerajaan bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2024, menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).
GEORGE TOWN, 25 Dis (Bernama) -- Golongan B40 mampu menarik nafas lega selepas pengumuman Suruhanjaya Tenaga (ST) berhubung pengguna dengan bil elektrik bulanan bawah RM220 masih mendapat rebat dua sen/kwj seperti sediakala.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]