Berita

Tarif Elektrik: 99 Peratus Pengguna Domestik Di Khtp Tidak Terjejas



PUTRAJAYA, 26 Dis (Bernama) -- Sejumlah 5,159 atau 99 peratus pengguna domestik di Kulim Hi-Tech Park, Kedah (KHTP) tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik dan akan menerima subsidi daripada kerajaan bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2024, menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).

ST dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kerajaan pada 13 Dis lepas bersetuju supaya pelarasan tarif elektrik di bawah pelaksanaan mekanisme Pelepasan Kos-Kos Tidak Seimbang (ICPT) dilaksanakan secara penyasaran semula subsidi bagi pengguna NUR Power Sdn Bhd di KHTP untuk tempoh itu.

“Berdasarkan kepada penyasaran semula subsidi ini, kerajaan turut memutuskan supaya kos tampungan surcaj sebanyak RM0.73 juta dibiayai menggunakan dana Kumpulan Wang Industri Elektrik bagi meminimumkan impak surcaj ICPT sepanjang tempoh pelaksanaannya,” menurut kenyataan itu.

Dengan pelaksanaan ICPT itu, pengguna domestik (tarif N1) dengan unit penggunaan elektrik sebanyak 1,500 kilowatt-jam (kWj) dan ke bawah tidak dikenakan sebarang surcaj.

Sementara itu, pengguna domestik (tarif N1) dengan penggunaan elektrik melebihi 1,500 kWj akan dikenakan surcaj pada kadar 6.50 sen/kWj, manakala pengguna bukan domestik pula akan dikenakan surcaj pada kadar 6.50 sen/kWj.

ICPT merujuk kepada satu mekanisme di bawah Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) yang membolehkan kos bahan api diselaraskan setiap enam bulan berdasarkan turun naik harga global bahan api.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]