Berita

Kerjasama Strategik Dengan Trina Solar Pacu Kemajuan Solusi Tenaga Bersih - Tnb

Credit: TNB

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneruskan momentumnya dalam memacu peralihan tenaga mampan menerusi kerjasama strategik antara anak syarikat milik penuhnya GSPARX Sdn Bhd dengan penyedia solusi tenaga pintar dan solar fotovoltaik (PV) global Trina Solar.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Baharin Din dalam kenyataan hari ini berkata kerjasama ini menyerlahkan komitmen TNB yang tidak berbelah bahagi untuk mempercepat matlamat peralihan tenaga Malaysia.

“Kolaborasi TNB dengan Trina Solar adalah penting dalam memanfaatkan potensi solar Malaysia dan memacu agar kami lebih cepat menuju sasaran sifar bersih 2050 melalui amalan yang mampan," katanya.

Kerjasama ini dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pengarah Urusan GSPARX Elmie Fairul Mashuri dan Pengurus Besar (Asia Tenggara) Trina Solar Energy Development Elva Wang.

Pemeteraian MoU berkenaan disaksikan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad yang ketika itu Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Beliau kini adalah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

TNB berkata berikutan keyakinan sebagai rakan kongsi perniagaan solar atas bumbung TNB sejak 2019, kerjasama Trina Solar dengan GSPARX ini mahu mengukuhkan keupayaan teknikal dan mengatasi cabaran dalam projek solar atas bumbung.

Penjajaran strategik ini bertujuan meraih peluang perniagaan merentasi sistem solar atas bumbung, terapung dan atas tanah, sekali gus menandakan kemajuan ketara dalam mengembangkan pasaran PV di Malaysia, katanya.

Selain inisiatif solar, GSPARX dan Trina Solar akan bekerjasama untuk meneroka penyelesaian grid pintar yang inovatif, termasuk teknologi penyimpanan tenaga, mengukuhkan lagi komitmen mereka terhadap teknologi lestari termaju.

Menurut Baharin kerjasama dengan Trina Solar menterjemahkan komitmen terhadap transformasi mampan dan penjagaan alam sekitar.

“Inisiatif ini bukan sahaja mengukuhkan kepimpinan TNB dalam memacu peralihan tenaga yang mementingkan alam sekitar tetapi juga membuka pintu kepada pelbagai peluang sambil memupuk inovasi teknologi.

“Kerjasama strategik ini merangkumi dedikasi tanpa henti TNB untuk membentuk semula landskap tenaga Malaysia demi masa depan yang lebih baik dan cerah,” katanya.

-- BERNAMA


 

 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]