KUCHING, 9 Dis (Bernama) -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg meminta pelabur antarabangsa yang mahu menanam modal di negeri itu memastikan usaha mereka mengambil kira tenaga hijau dalam jangka masa panjang.
JOHOR BAHRU, 7 Dis (Bernama) -- Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini akan mempunyai tiga sumber bekalan tenaga elektrik bagi memastikan gangguan bekalan elektrik di premis itu tidak berulang.
PUTRAJAYA, 7 Dis (Bernama) -- Negara dijangka mampu menjimatkan sehingga RM7 bilion menjelang tahun 2030 dengan mengunakan pelet biojisim sebagai sumber tenaga negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd bekerjasama dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-Masdar (Masdar) untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang berpotensi melalui pelaburan dan pembangunan projek loji tenaga fotovolta solar dengan kapasiti agregat disasarkan sehingga 1,000 Megawatt (MW).
Daripada Anas Abu Hassan
DUBAI, 5 Dis (Bernama) -- Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) hari ini melancarkan prospektus Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia untuk menunjukkan hasrat strategik Malaysia dalam memajukan "peralihan tenaga yang adil" pada Persidangan ke-28 Pelbagai Pihak (COP28) di sini.
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Tahap penggunaan arang batu dalam penjanaan tenaga dijangka semakin susut mulai 2024 berikutan pilihan sumber solar dan angin yang semakin popular di peringkat global, kata sebuah firma perundingan tenaga.
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Cypark Resources Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) strategik dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC juga dikenali sebagai Masdar, salah satu syarikat tenaga boleh diperbaharui terbesar di dunia untuk memajukan agenda tenaga boleh diperbaharui Malaysia.
Daripada Anas Abu Hassan
DUBAI, 1 Dis (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah menangani pelepasan daripada sektor tenaga dan industri menjadi tumpuan tindakan iklim Malaysia berikutan ia menyumbang sebahagian besar daripada jumlah pelepasan karbon negara.
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Permohonan program Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik akan dibuka kepada rakyat pada Disember ini.
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) memperkukuh komitmen untuk mengembangkan landskap peralihan tenaga merentasi rantau yang lebih luas melalui penyertaan di Sidang Kemuncak Iklim (COP28), di Dubai mulai 30 Nov hingga 12 Dis, 2023.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]