Berita

Tnb Perkukuh Komitmen Kembangkan Landskap Peralihan Tenaga Di Cop28

Datuk Seri Baharin Din (Credit: TNB)

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) memperkukuh komitmen untuk mengembangkan landskap peralihan tenaga merentasi rantau yang lebih luas melalui penyertaan di Sidang Kemuncak Iklim (COP28), di Dubai mulai 30 Nov hingga 12 Dis, 2023.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Baharin Din berkata komitmen syarikat utiliti itu terhadap COP28 sejajar dengan objektif strategiknya untuk mengukuhkan peranan dalam memacu peralihan tenaga di Malaysia dan rantau yang lebih luas.

“Penyertaan dalam COP28 meningkatkan peranan TNB sebagai pemangkin utama perubahan, menonjolkan potensi pertumbuhan ketara dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) dan meletakkan kami sebagai peneraju dalam menyokong peralihan tenaga global (ET) dengan mempromosikan kemampanan dan masa depan yang lebih hijau,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata dengan Malaysia memberi tumpuan kepada ET dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG) pada COP28, penyertaan TNB dalam persidangan global itu akan menekankan keperluan mendesak peralihan tenaga.

“TNB menjanjikan pelepasan sifar bersih menjelang 2050 dengan menyasarkan pengurangan 35 peratus intensiti pelepasan dan 50 peratus penggunaan arang batu menjelang 2035.

“Kami merancang untuk meningkatkan kecekapan loji termal dan mengembangkan portfolio tenaga boleh baharu (TBB) dengan sasaran 8,300MW menjelang 2025,” katanya.

Baharin berkata TNB merancang untuk memperkukuh pelaburan dengan peruntukan RM90 bilion di antara 2025 hingga 2030 dengan tumpuan kepada peralihan tenaga.

Jumlah itu termasuk RM35 bilion untuk projek berkaitan peralihan, katanya.

Menurut TNB kira-kira 40,000 perwakilan dijangka menghadiri COP28 di bawah Konvensyen Rangka Kerja mengenai Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

TNB akan menyertai delegasi Malaysia di COP28, di bawah naungan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]