Berita

Mou Cypark-masdar Akan Tingkatkan Agenda Tenaga Boleh Diperbaharui

Cypark Resources Berhad Chairman Datuk Hamidah Moris and MASDAR Chief Executive Officer Mohamed Jameel Al Ramahi exchanging document on Memorandum of Understanding (MOU) between Abu Dhabi Future Energy Company PJSC - MASDAR and Cypark Resources Berhad for potential collaboration during the official launch of Malaysia Pavilion at the 28th Conference of Parties (COP28) to the United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCC), in Dubai Expo City, United Arab Emirates (UAE).

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Cypark Resources Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) strategik dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC juga dikenali sebagai Masdar, salah satu syarikat tenaga boleh diperbaharui terbesar di dunia untuk memajukan agenda tenaga boleh diperbaharui Malaysia.

Kerjasama itu dianggarkan sebanyak 1 gigawatt (GW) projek tenaga boleh diperbaharui di Malaysia, ia merupakan projek penting kepada MoU MIDA-Masdar 10GW yang ditandatangani pada Oktober 2023.

Pada MoU Oktober 2023 itu, Masdar menandatangani MoU dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk melabur US$8 bilion untuk sehingga 10 GW projek tenaga boleh diperbaharui dalam perkongsian yang akan menyumbang dengan ketara kepada transformasi tenaga lestari Malaysia.

Kerjasama terbaharu ini, dianggarkan pada 1GW projek tenaga boleh diperbaharui di Malaysia, mengukuhkan lagi komitmen entiti untuk memajukan landskap tenaga boleh diperbaharui Malaysia, kata Cypark dalam satu kenyataan.

"Menekankan inovasi, kerjasama itu akan menumpukan pada teknologi canggih termasuk solar terapung, solar yang dipasang di tanah, solar atas bumbung, hidro dan sistem hibrid. Penekanan ini bertujuan memastikan penyelesaian tenaga yang pelbagai dan cekap.

"Kedua-dua pihak juga akan bekerjasama secara aktif dalam pembangunan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) untuk meningkatkan kestabilan grid dan mengoptimumkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui," katanya.

Pengerusi Lembaga Pengarah Cypark Datuk Ami Moris berkata Cypark berharap dapat bekerjasama dengan Masdar, menyelaraskan pengalaman gabungan dengan usaha global untuk beralih ke arah masa depan rendah karbon.

"Sebagai pengeluar solar dan sisa kepada tenaga yang terkemuka di Malaysia, kami akan terus mengembangkan ekosistem tenaga boleh diperbaharui (RE) di Malaysia," katanya.

Sementara itu, Malakoff Corp Bhd (Malakoff) dalam satu kenyataan berasingan berkata ia telah menandatangani perjanjian dengan Masdar untuk mengenal pasti peluang berpotensi melalui pelaburan dan pembangunan loji kuasa fotovoltaik solar dengan kapasiti agregat disasarkan sehingga 1,000 megawatt (MW) dan meneroka projek berpotensi RE yang lain di Semenanjung Malaysia.

Malakoff berkata perkongsian itu bertujuan meningkatkan portfolio RE dengan ketara dan memanfaatkan kepakaran secara strategik daripada kedua-dua pihak.

"Kedua-dua pihak akan bersama-sama menjalankan penilaian teknikal dan komersil dan/atau kajian pra-kebolehlaksanaan ke atas projek tertentu yang telah dikenal pasti," kata kenyataan itu.

Mereka juga akan bekerjasama mengendalikan tugas dan aktiviti yang terlibat dalam pembangunan, pelaksanaan dan pengurusan projek termasuk penstrukturan dana pembiayaan, katanya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata kerjasama itu menggariskan pengembangan kukuh Malakoff dalam RE, sejajar bukan sahaja dengan permintaan global tetapi juga seiring dengan objektif Malaysia untuk mencapai status pelepasan karbon bersih sifar menjelang tahun 2050.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]