Berita

Kerajaan Malaysia Lancar Prospektus Tenaga Lestari Di Cop28

Minister of Natural Resources, Environment and Climate Change (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad together with Organising Chair of the ISES 2024 and Chief Executive Officer of Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA) Datuk Hamzah Hussin and NRECC Secretary General Dr Ching Thoo Kim presenting the brochure for the Energy Day Launch and Soft Launch of the International Sustainable Energy Summit (ISES) 2024 at the Malaysia Pavilion during the 28th Conference of Parties (COP28) to the United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCC), Dubai Expo City, United Arab Emirates (UAE) today.

Daripada Anas Abu Hassan

DUBAI, 5 Dis (Bernama) -- Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) hari ini melancarkan prospektus Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia untuk menunjukkan hasrat strategik Malaysia dalam memajukan "peralihan tenaga yang adil" pada Persidangan ke-28 Pelbagai Pihak (COP28) di sini.

Prospektus itu berfungsi sebagai ekspresi keterbukaan Malaysia terhadap kerjasama antarabangsa, menggariskan usaha meluas yang telah diambil oleh negara dalam mengubah sistem tenaganya menjadi satu dengan jejak karbon yang lebih rendah serta komitmen berterusannya dalam memastikan peralihan yang adil dan bertanggungjawab.

Menteri NRECC Nik Nazmi Nik Ahmad berkata keperluan mendesak untuk Malaysia beralih kepada tenaga mampan didorong oleh komitmen global, khususnya Perjanjian Paris dan keperluan untuk memperkukuh kepelbagaian ekonomi dan keselamatan tenaga.

"Pelancaran prospektus Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia menandakan komitmen kami ke arah peralihan tenaga dengan rancangan untuk mempercepatkan penyahkarbonan dalam penjanaan tenaga, membangunkan grid moden dan fleksibel, serta menerima inovasi dan memperkasakan pengguna.

"Dengan ini, kami mengalu-alukan kerjasama perdagangan, teknikal dan dasar dengan rakan kongsi global dalam usaha kolektif kami untuk sistem tenaga rendah karbon dan masa depan yang mampan," katanya semasa majlis pelancaran prospektus berkenaan di Pavilion Malaysia pada COP28.

Nik Nazmi berkata menyedari peranan penting tenaga dalam cabaran iklim, Malaysia mengakui bahawa tindakan secara berkerjasama dalam industri adalah penting dalam perjalanannya untuk mempercepatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui kepada 70 peratus pada 2050 daripada 25 peratus pada masa ini.

"Matlamat ini sejajar dengan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau di bawah Perjanjian Paris, menyasarkan pengurangan 45 peratus dalam intensiti karbon kepada KDNK pada 2030 berbanding paras 2005," tambahnya.

Prospektus itu dibangunkan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda), Suruhanjaya Tenaga (ST), Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) serta Tenaga Nasional Bhd (TNB). Ia membentangkan rancangan dan strategi Malaysia untuk syarikat-syarikat berkaitan tenaga memulakan dan menyumbang kepada aspirasi negara bagi mencapai peralihan tenaga yang mampan.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]