Berita

Jimat Rm7 Bilion Guna Pelet Biojisim Untuk Sumber Tenaga - Tpm Fadillah



PUTRAJAYA, 7 Dis (Bernama) -- Negara dijangka mampu menjimatkan sehingga RM7 bilion menjelang tahun 2030 dengan mengunakan pelet biojisim sebagai sumber tenaga negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Biojisim Kebangsaan 2023 di sini hari ini, beliau yang juga Menteri Perladangan Dan Komoditi berkata ini kerana penggunaan pelet biojisim dihasilkan daripada bahan buangan organik dikitar semula, sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan terhadap import arang batu. 

“Itu adalah pilihan, kita boleh hasilkan pelet dengan banyak, jadikan ia sebagai tenaga hijau, dan tidak lagi bergantung kepada arang batu,” katanya dan menambah langkah itu juga diambil untuk memperkasa industri biojisim negara. 

Bagaimanapun katanya perkara yang diberi penekanan adalah sama ada negara ini memiliki sumber mencukupi bagi memenuhi permintaan terhadap keperluan bahan sisa buangan organik untuk dijanakan sumber tenaga. 

“Sebab itu apa yang kementerian kita (Kementerian Perladangan Dan Komoditi) buat ialah ladang hutan, kita tanam pokok yang boleh tumbuh dalam lima tahun dan kemudian kita tuai hasilnya, termasuk buluh yang efektif untuk buat arang,” katanya. 

Beliau turut melancarkan Pelan Tindakan Biojisim Negara 2023-2030 (PTBN2030) pada majlis sama, yang turut dihadiri pemain industri biojisim terdiri daripada lima sektor iaitu perladangan, pertanian, penternakan, perhutanan dan perikanan.

Beliau berkata PTBN2030 dijangka dapat meningkatkan pelaburan industri biojisim kepada RM3 bilion menjelang 2030 selain mampu menyediakan lebih 3,000 peluang pekerjaan. 

Sementara itu, sejajar dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Fadillah berkata PTBN itu turut menyasarkan projek co-firing di stesen jana kuasa elektrik, iaitu pembakaran bahan api campuran antara arang batu dengan pelet biojisim. 

Beliau berkata PBTN turut menyasarkan penubuhan hab biojisim bagi melaksanakan proses pengumpulan bahan mentah biijisim secara berpusat dan teratur untuk menggerakkan rantaian bekalan biojisim negara secara sistematik dan efisien.

Menurutnya hab itu dirancang dibina di 20 lokasi antaranya di Kuantan, Pahang dan Gua Musang, Kelantan.

“Sektor biojisim ini akan menjadi pemangkin kepada ekonomi negara sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta menyumbang kepada penambahan pendapatan isi rumah, khususnya kepada pekebun kecil agrikomoditi negara," katanya.

-- BERNAMA 

 

 

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]