KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Seorang Ahli Parlimen mencadangkan kerajaan meneroka dan mengkaji potensi penggunaan turbin angin pada masa depan, bagi mengembangkan portfolio tenaga boleh diperbaharui (RE) di negara ini.
IPOH, 19 Okt (Bernama) -- Pemberian rebat elektrik sehingga RM40 sebulan khusus kepada golongan isi rumah miskin tegar memperlihatkan keseriusan dan keprihatinan kerajaan dalam membantu meringankan beban kewangan golongan itu.
KOTA KINABALU, 19 Sept (Bernama) -- Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bakal melaksanakan pemasangan sistem penyimpanan tenaga menerusi bateri berkapasiti 100 megawatt (MW) sebagai langkah jangka pendek bagi mengatasi masalah catuan bekalan elektrik.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Syarikat-syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) mesti menerima peralihan tenaga kerana ia akan membantu mereka menyelesaikan banyak isu, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kebajikan golongan miskin tegar di negara ini terus menjadi keutamaan kerajaan menerusi pemberian rebat elektrik sehingga RM40 sebulan kepada golongan itu seperti pengumuman Belanjawan 2024, Jumaat lepas.
PUTRAJAYA, 16 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pejabat-pejabat kerajaan mengamalkan budaya penjimatan elektrik di samping mengelakkan pembaziran walaupun melibatkan hal yang kecil.
MELAKA, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan memperkenal kursus baharu berkaitan kenderaan elektrik (EV) dan tenaga suria di bawah Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) menerusi peruntukan RM6.8 bilion terutama di Melaka.
KOTA KINABALU, 14 Okt (Bernama) -- Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) perlu menjadi sebuah syarikat yang kukuh dan mampu membiayai kos sendiri, bagi memastikan penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik daripada kerajaan Persekutuan kepada Sabah, 3 Jan tahun hadapan berjalan lancar.
MELAKA, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri komited untuk menggandakan usaha melestarikan penggunaan tenaga hijau dalam kalangan rakyat Melaka pada masa hadapan, kata Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Datuk Rais Yasin.
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Abu Dhabi Future Energy Company PJSC (Masdar), syarikat tenaga bersih Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersedia melabur US$8 bilion (US$1=RM4.72) untuk sehingga 10 gigawatt (GW) projek tenaga boleh diperbaharui (RE) di Malaysia.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]