Credit: MIDA
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Abu Dhabi Future Energy Company PJSC (Masdar), syarikat tenaga bersih Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersedia melabur US$8 bilion (US$1=RM4.72) untuk sehingga 10 gigawatt (GW) projek tenaga boleh diperbaharui (RE) di Malaysia.
Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), syarikat itu telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan MIDA, membentuk perkongsian strategik dan mencatatkan pencapaian penting dalam membentuk masa depan yang mampan dan lebih hijau untuk Malaysia.
MIDA dalam satu kenyataan berkata ia akan memudahkan Masdar membangunkan projek RE termasuk loji tenaga solar yang dipasang di tanah atas bumbung dan terapung, ladang angin darat dan sistem penyimpanan tenaga bateri.
Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata UAE melalui Masdar telah menunjukkan contoh terbaik dalam usaha membentuk kemampanan negara, kepimpinannya yang diiktiraf dalam penyelesaian tenaga bersih, rendah karbon dan berasaskan alam semula jadi.
“Kerjasama MIDA-Masdar ini diselaraskan dengan sempurna dengan objektif Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) mencapai kemampanan dan keselamatan tenaga untuk transformasi perindustrian Malaysia,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIDA, Datuk Arham Abdul Rahman pula berkata perkongsian itu menekankan komitmennya untuk memacu perubahan positif dan mewujudkan masa depan yang lebih hijau dan mampan.
“MIDA telah terlibat secara proaktif dan bekerja rapat dengan rakan industri di negara ini untuk memupuk inovasi dan memupuk penyelesaian yang bertujuan mengurangkan pelepasan karbon,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Masdar, Mohamed Jameel Al Ramahi berkata Masdar berbangga memainkan peranannya dalam membantu Malaysia mencapai sasarannya iaitu 70 peratus kapasiti terpasang bagi RE dan pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.
“Sebagai perintis tenaga bersih global dengan rekod prestasi yang terbukti dalam pengkomersilan dan penggunaan projek tenaga boleh diperbaharui dan bersih, Masdar berbangga memainkan peranannya dalam membantu Malaysia mencapai sasarannya.
“Kami akan menggunakan semua kepakaran kami dalam menyiapkan projek yang menggunakan teknologi termaju dan menjana tenaga yang sangat diperlukan dengan cekap untuk memajukan matlamat tenaga boleh baharu (TBB),” katanya.
Ditubuhkan pada 2006, Masdar aktif di lebih 40 negara dan telah melabur atau komited untuk melabur dalam projek di seluruh dunia dengan nilai gabungan lebih daripada US$30 bilion.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]