Berita

Tvet Perkenal Kursus Baharu Berkaitan Ev, Tenaga Suria Bagi Penuhi Permintaan Pasaran



MELAKA, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan memperkenal kursus baharu berkaitan kenderaan elektrik (EV) dan tenaga suria di bawah Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional  (TVET) menerusi peruntukan RM6.8 bilion terutama di Melaka.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia selari dengan dasar kerajaan negeri Melaka yang kini memberi fokus kepada teknologi itu yang kini mendapat permintaan tinggi pelabur untuk tenaga boleh baharu.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata ia merupakan peluang terbaharu ditawarkan Melaka sesuai dengan permintaan guna tenaga sumber manusia bagi tenaga boleh baharu dan juga keperluan guna tenaga untuk pekerjaan berteknologi tinggi.

“Bukan sahaja pelabur akan datang ke Melaka tetapi pelabur di negeri lain mungkin perlukan tenaga yang sama dan TVET ini boleh diperkasakan di Melaka,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat UMNO Bahagian Tangga Batu di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk Rais Yasin.

Beliau berkata peruntukan RM6.8 bilion itu juga akan diguna untuk memperbesarkan institusi TVET di seluruh negara bagi menambah jumlah pelajar untuk mengikuti kursus-kursus baharu berkaitan tenaga boleh baharu itu.

Malaysia kini mempunyai 1,334 institusi  TVET di seluruh negara membabitkan 12 kementerian yang fokus memberi latihan kemahiran kepada rakyat.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]