PUTRAJAYA, 16 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pejabat-pejabat kerajaan mengamalkan budaya penjimatan elektrik di samping mengelakkan pembaziran walaupun melibatkan hal yang kecil.
“Membazir ini kita selalu lihat yang besar-besar, kita lupa cara kita guna elektrik pejabat,” kata beliau dan menambah amalan itu perlu diubah kerana ia melibatkan dana awam.
“Saya harap hal ini boleh kita mulakan dalam satu budaya kerana kalau penjimatan itu dapat kita amalkan, banyak hal boleh dilakukan,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Oktober di sini hari ini.
Anwar berkata ketika menjadi Menteri Kewangan pada 1990-an, beliau amat menitikberatkan supaya tidak berlaku pembaziran elektrik di pejabatnya.
“Masa saya di Kementerian Kewangan di Jalan Duta, saya ingat lagi bila perhimpunan kita di luar, kita nampak bangunan mana lampu masih ada.
“Saya minta ketua jabatan pergi tutup lampu. (Saya kata) anda keluar satu jam, kenapa lampu mesti dibuka? Ini bukan wang anda, ia dana awam,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]