Berita

Ciq Bsi Bakal Ada Tiga Sumber Bekalan Tenaga Elektrik - Exco

Johor's Works, Transport and Infrastructure Committee chairman, Mohamad Fazli Mohamad Salleh

JOHOR BAHRU, 7 Dis (Bernama) -- Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini akan mempunyai tiga sumber bekalan tenaga elektrik bagi memastikan gangguan bekalan elektrik di premis itu tidak berulang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mengenal pasti beberapa laluan punca bekalan elektrik bersesuaian di kompleks itu dan akan mengutarakan cadangan kepada kerajaan dalam masa terdekat.

"Buat masa ini terdapat dua punca bekalan elektrik, iaitu satu laluan terus TNB dan tujuh set generator sebagai bekalan tambahan, namun kita merancang untuk menambah satu lagi Pencawang Pembahagian Utama (PPU) sebagai laluan terus kedua bekalan elektrik daripada TNB.

"Kerja-kerja itu (memasang laluan terus kedua) dijangka bermula tahun depan dan akan memakan masa kira-kira setahun untuk selesai dilaksana sepenuhnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Pasukan Khas Mengatasi Banjir Kilat di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini hari ini.

Beliau berkata apabila langkah itu siap sepenuhnya, CIQ BSI akan mempunyai tiga punca bekalan elektrik iaitu dua laluan terus dari TNB serta satu bekalan tambahan sendiri melalui tujuh set generator.

"Selepas ini apabila ada kerja-kerja penyelenggaraan, akan ada satu laluan terus alternatif daripada pencawang TNB dan sekiranya ada gangguan juga, akan ada 'back up' daripada tujuh set generator," katanya.

Sebelum itu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu hantaran di Facebook mengarahkan TNB dan Jabatan Kerja Raya menyelesaikan isu gangguan elektrik di bangunan berkenaan, yang turut menjejaskan JB Sentral.

Menerusi komen dalam hantaran Onn Hafiz itu, kebanyakan pengguna merungut dan kesal dengan kejadian gangguan bekalan elektrik, kerana terpaksa beratur panjang dan lama dalam kepanasan untuk mendapatkan perkhidmatan di bangunan berkenaan.

-- BERNAMA  

 

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]