Senarai Berita

Sabah Terus Kerjasama Dengan Persekutuan Tingkat Prestasi Bekalan Elektrik - Hajiji

KOTA KINABALU, 19 Jan (Bernama) -- Kerajaan Sabah akan terus berkerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan prestasi bekalan elektrik di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.


Bmi: Tenaga Terma Konvensional Kekal Sektor Kuasa Terbesar Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- BMI menjangkakan kuasa terma konvensional akan kekal sebagai sektor tenaga terbesar di Asia Tenggara dalam tempoh 10 tahun akan datang walaupun terdapat matlamat serta komitmen oleh pasaran untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil.


Mpia, Bursa Carbon Exchange Bekerjasama Dalam Pasaran Pensijilan Tenaga Boleh Diperbaharui

Oleh Fatin Umairah and Ziera Adurah Najwa

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Persatuan Industri Fotovoltan Malaysia (MPIA) telah menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan Bursa Carbon Exchange (BCX), bertujuan untuk membina kesedaran tentang pasaran Sijil-Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui (REC) sambil mendidik pemaju projek tentang cara mengewangkannya melalui BCX. 


Capai Aspirasi Sifar Karbon Menjelang 2050, Tenaga Nuklear Diperlukan - Agensi Nuklear

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) tidak menolak kemungkinan bahawa penggunaan tenaga nuklear mungkin diperlukan bagi proses penjanaan tenaga dalam usaha merealisasikan aspirasi karbon sifar bersih menjelang 2050.


Mpia Lancar Jerayawara Solar 2024

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) --  Persatuan Perusahaan Fotovolta Malaysia (MPIA) melancarkan Jerayawara Solar MPIA 2024 seiring dengan sasaran kerajaan untuk mencapai kapasiti 40 peratus penjanaan tenaga boleh baharu menjelang 2040 dan 70 peratus menjelang 2050.


Kilang Kenderaan Tenaga Baharu Pertama Dirembau Bakal Wujud Gelombang Ekosistem Baharu - Aminuddin

REMBAU, 12 Jan (Bernama) -- Pembinaan kilang pembuatan dan pemasangan kenderaan tenaga baharu (NEV) berteknologi hijau pertama negara di kawasan perindustrian Chembong, dekat sini, bakal mewujudkan gelombang ekosistem baharu terutamanya dalam industri kenderaan elektrik (EV).


Ipp Naik Marginal 0.6 Peratus Pada November 2023, Didorong Pertumbuhan Sederhana Sektor Perlombongan, Elektrik - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) mencatat peningkatan kecil 0.6 peratus tahun ke tahun pada November 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).


Putrajaya Setuju Serah Kuasa Kawal Selia Bekalan Elektrik Sabah, Sesb Kepada Kerajaan Sabah

PUTRAJAYA, 4 Jan (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan bersetuju menyerahkan kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri Sabah dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kepada kerajaan negeri Sabah secara berfasa, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (KPTDGA).


Sesb Tidak Punya Kuasa Naik, Luluskan Tarif Elektrik Di Sabah - Pengerusi

KOTA KINABALU, 3 Jan (Bernama) -- Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau hari ini berkata syarikat itu tidak mempunyai kuasa untuk menaik atau meluluskan tarif elektrik di negeri itu.


Ecos Mantapkan Operasi Sesb Selepas Ambil Alih Kawal Selia Pembekalan Elektrik

KOTA KINABALU, 3 Jan (Bernama) -- Memantapkan keupayaan operasi Sabah Electricty Sdn Bhd (SESB) antara langkah pertama diberikan tumpuan Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) selepas mengambil alih kawal selia pembekalan elektrik di Sabah daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) hari ini.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]