Berita

Ipp Naik Marginal 0.6 Peratus Pada November 2023, Didorong Pertumbuhan Sederhana Sektor Perlombongan, Elektrik - Perangkaan

Credit: Department of Statistics, Malaysia (DOSM)

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) mencatat peningkatan kecil 0.6 peratus tahun ke tahun pada November 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan sederhana 1.9 peratus dalam sektor perlombongan dan 4.2 peratus dalam sektor elektrik menyumbang kepada kenaikan IPP itu.

Bagaimanapun, beliau berkata sektor pembuatan mengalami penurunan kepada -0.1 peratus selepas tumbuh positif bagi dua bulan berturut-turut.

Bagi perbandingan bulan ke bulan, Mohd Uzir berkata IPP kembali kepada jajaran -0.9 peratus berbanding 1.9 peratus yang direkodkan pada Oktober 2023.

“Penurunan pengeluaran pembuatan adalah disebabkan oleh pengeluaran output yang lebih rendah dalam industri berorientasikan eksport yang merosot 2.7 peratus.

"Penyusutan ini dipengaruhi terutamanya oleh kejatuhan dalam pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal (-8.6 peratus); pembuatan kok dan produk petroleum bertapis (-1.8 peratus); dan pembuatan kayu serta produk kayu dan gabus (-1.9 peratus)," katanya.

Mohd Uzir berkata prestasi ini selari dengan eksport negara yang mengalami kemerosotan sejak Mac 2023 dan merekodkan negatif 5.9 peratus pada November.

Beliau berkata industri berorientasikan eksport menyusut 2.2 peratus berbanding pada bulan sebelumnya.

Sebaliknya, Mohd Uzir berkata industri berorientasikan domestik kekal kukuh dengan mencatatkan peningkatan 5.8 peratus pada November 2023, didorong terutamanya oleh pertumbuhan 10.9 peratus dalam pembuatan produk pemprosesan makanan; pembuatan produk logam yang direka, kecuali mesin dan kelengkapan sebanyak 8.9 peratus; dan pembuatan produk galian bukan logam lain sebanyak 6.9 peratus.

"Industri berorientasikan domestik pulih kepada 3.7 peratus berbanding negatif 1.4 peratus yang direkodkan pada Oktober 2023," katanya.

Beliau berkata bagi prestasi 11 bulan dari Januari hingga November 2023, IPP meningkat pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 1.0 peratus berbanding 7.1 peratus bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.

 "Peningkatan ini disokong oleh indeks elektrik (2.3 peratus); indeks pembuatan (0.9 peratus); dan indeks perlombongan (0.6 peratus)," katanya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]