Photo: Malaysian Photovoltaic Industry Association
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Fotovolta Malaysia (MPIA) melancarkan Jerayawara Solar MPIA 2024 seiring dengan sasaran kerajaan untuk mencapai kapasiti 40 peratus penjanaan tenaga boleh baharu menjelang 2040 dan 70 peratus menjelang 2050.
Bertemakan Liberalisasi Grid, Presiden MPIA Davis Chong Chun Siong berkata siri jerayawara itu bermula di Kuala Lumpur hari ini dengan topik perbincangan bertajuk Kesediaan Grid Ke Arah Mengupayakan Peralihan Tenaga dan Meneroka Landskap Kenderaan Elektrik (EV): Merintis Mobiliti Mampan.
"Beberapa panel penceramah daripada agensi kerajaan diundang ke jerayawara itu seperti Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) serta Tenaga Nasional Bhd (TNB)," katanya.
Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Mohammed Rashdan Mohd Yusof hadir merasmikan acara itu hari ini.
Mohammed Rashdan dalam ucapannya berkata beliau ingin melihat peningkatan penggunaan sistem tenaga solar dan menjadi sumber tenaga utama untuk negara pada masa depan.
“Pengeluaran tenaga solar di Semenanjung Malaysia pada masa ini ialah 1.6 peratus, dan saya melihat itu sebagai peluang yang baik untuk meningkatkannya kepada 65 peratus yang manfaatnya bukan sahaja untuk diri anda tetapi untuk setiap rakyat Malaysia dan pembangunan data kami,” katanya.
Seramai 350 peserta hadir pada acara itu dan jerayawara itu akan diteruskan ke empat lokasi lain iaitu Johor, Pulau Pinang, Pahang dan Selangor bermula 5 Mac hingga September ini.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]