Credit: Malaysian Photovoltaic Industry Association
Oleh Fatin Umairah and Ziera Adurah Najwa
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Persatuan Industri Fotovoltan Malaysia (MPIA) telah menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan Bursa Carbon Exchange (BCX), bertujuan untuk membina kesedaran tentang pasaran Sijil-Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui (REC) sambil mendidik pemaju projek tentang cara mengewangkannya melalui BCX.
Kerjasama kali pertama antara kedua-dua pihak itu menandakan komitmen proaktif untuk memupuk kemampanan, sejajar dengan matlamat menyeluruh MPIA Solar Roadshow 2024 selain melahirkan pasaran yang telus bagi REC di Malaysia.
MoC itu dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift dan Presiden MPIA Davis Chong Chun Siong di sini hari ini.
Chong memberitahu BCX, yang dilancarkan tahun lepas, kini semakin maju ke arah memasukkan sijil tenaga boleh diperbaharui ke dalam pasarannya.
“Inisiatif Bursa Malaysia ini patut dipuji serta kami menyasarkan untuk mengumpulkan semua pihak berkepentingan industri termasuk pemilik projek agar mengambil bahagian dan menyumbang kepada pasaran serta ekosistem,” katanya kepada Bernama selepas majlis menandatangani MoC tersebut.
Sementara itu, Ketua Pasaran Karbon Bursa Malaysia Chen Wei-nee berkata matlamat awal BCX adalah untuk memperdagangkan kredit karbon, tetapi hasrat semasa adalah mengubahnya menjadi produk sehenti patuh Syariah dan pelbagai alam sekitar.
“Kami tidak hanya menawarkan kredit karbon kepada korporat kami tetapi ia seperti pasar raya yang menjual pelbagai produk berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) supaya kami dapat membantu korporat kami, terutamanya syarikat atau syarikat senarai awam di Malaysia agar dapat menyerap dan memberi perkhidmatan,” tambahnya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]