Berita

Anak Syarikat Straits Energy Resources Bakal Ceburi Industri Biofuel Marin



KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Straits Energy Resources Bhd yang disenaraikan di Bursa Malaysia berkata anak syarikatnya Tumpuan Megah Development Sdn Bhd bakal menceburi industri dagangan  biofuel marin dan pengisian bahan api pada suku pertama 2024 selepas mendapat perakuan daripada skim Pensijilan Kelestarian dan Karbon Antarabangsa (ISCC EU).

Kejayaan itu dicapai susulan usaha industri maritim mempercepatkan peralihannya kepada bahan api alternatif rendah karbon, seperti biofuel mampan, sebagai sebahagian daripada agenda penyahkarbonan global.

Menurut penasihat industri maritim DNV, pengeluaran global biofuel mampan dijangka meningkat daripada 11 juta tan bersamaan minyak (Mtoe) setahun kepada 23 Mtoe menjelang 2026.

Bagaimanapun, DNV menganggarkan bahawa 250 Mtoe biofuel akan diperlukan setiap tahun, jika perkapalan, yang menggunakan kebanyakannya biofuel, akan menyahkarbon sepenuhnya menjelang 2050. Ini akan membayangkan pengembangan pasaran lebih daripada sepuluh kali ganda.

Tumpuan Megah merupakan pemain industri Malaysia pertama yang mencapai pensijilan ISCC EU sebagai pembekal dan pedagang biofuel, menerajui usaha industri untuk mengurangkan jejak karbon perkapalan.

Menerusi pensijilan ISCC EU, pemain industri maritim dapat mematuhi kriteria penjimatan pelepasan dan kelestarian GHG Kesatuan Eropah (EU).

Ini termasuk keperluan ketat yang ditetapkan oleh Arahan Tenaga Boleh Baharu EU (RED II) untuk mengklasifikasikan biofuel sebagai mampan. Kesatuan Eropah, United Kingdom, Jepun, dan Singapura, mengiktiraf akreditasi ISCC.

Pengarah Urusan Straits Energy Resources Bhd Datuk Seri Ron Ho Kam Choy berkata perkapalan adalah kaedah paling kurang berintensif karbon untuk memindahkan produk berbanding perjalanan udara dan pengangkutan jalan raya.

Industri perkapalan telah beralih kepada bahan api alternatif dan sumber tenaga untuk mengurangkan kesan alam sekitar sejajar dengan Strategi Gas Rumah Hijau 2023 oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]