SHAH ALAM, 13 Mac (Bernama)-- - Worldwide Holdings Bhd hari ini menandatangani empat memorandum persefahaman (MOU) untuk menjalin kerjasama dalam pembangunan projek tenaga solar bagi mempromosikan penyelesaian yang melibatkan penggunaan tenaga pintar dan tenaga boleh baharu di Selangor.
ALOR SETAR, 13 Mac (Bernama) -- Syarikat penyedia perkhidmatan tenaga solar, Gading Kencana Sdn Bhd berhasrat membangunkan sebuah ladang solar berkapasiti 100 hingga 150 megawatt di Kedah dalam tempoh dua tahun akan datang.
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, GSPARX Sdn Bhd (GSPARX) akan memasang sistem solar fotovoltaik atas bumbung dengan kapasiti 1.3 MWp untuk Seng Hin Rubber (M) Sdn Bhd (Seng Hin) di kilangnya di Kelantan.
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10.76 bilion bagi menampung subsidi bil elektrik untuk pengguna domestik dan pengguna bukan domestik kategori voltan rendah (LV) bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2023.
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) memperuntukkan kuota tambahan 630 megawatt (MW) untuk pembangunan projek penjanaan kuasa sumber tenaga boleh baharu (TBB), kata Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad.
KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan menimbang bekerjasama dengan industri dalam usaha peralihan kepada tenaga hijau menerusi pemberian insentif dalam bentuk pembiayaan berstruktur dan bukan sebaliknya memberikan subsidi, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MELAKA, 7 Mac (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) merancang untuk membangunkan lebih banyak ladang solar dan pemasangan 'solar rooftop' di bangunan kerajaan, persendirian dan industri di negeri itu untuk mencapai sasaran 300 megawat kapasiti tenaga boleh diperbaharui di negeri itu dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhasrat untuk mewujudkan kerjasama pintar bersama Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perak (MAIPk) bagi projek pemasangan lampu solar diod pemancar cahaya (LED) di beberapa kawasan di sekitar Kuala Kangsar.
JERTIH, 1 Mac (Bernama) -- Kerja-kerja pembinaan pusat janakuasa pembekalan elektrik 24 jam di Pulau Perhentian dan Pulau Redang dijangka bermula April ini.
KUCHING, 1 Mac (Bernama) -- Sarawak bersedia untuk berkongsi pengalamannya dengan negara-negara jiran dalam bidang penjanaan tenaga boleh diperbaharui demi manfaat bersama daripada segi kelestarian alam sekitar dan ekonomi.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]