Senarai Berita

Norway berminat kerjasama dengan Sarawak dalam tenaga boleh baharu 

KUCHING, 5 Jan (Bernama) -- Komitmen Sarawak dalam menerokai tenaga boleh baharu bagi mencapai visi menjadi negeri maju menjelang 2030 mendapat perhatian Norway yang berminat mencari peluang kerjasama.


Tiada kenaikan tarif enam bulan bagi 656,000 pengguna di Sabah, Labuan

PUTRAJAYA, 28 Dis (Bernama) -- Lebih 656,000 pengguna elektrik di Sabah dan Labuan tidak akan terlibat dengan kenaikan tarif bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2023 susulan pelaksanaan Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT).


Tarif purata asas penggunaan kemudahan gas dikurangkan mulai 1 Jan 2023 hingga 31 Dis 2025 - Rafizi

KUALA LUMPUR, Dec 23 (Bernama) -- Tarif purata asas penggunaan kemudahan gas yang perlu dibayar oleh pengguna gas bagi tempoh kawal selia kedua (RP2) akan dikurangkan bermula 1 Jan 2023 hingga 31 Dis 2025, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.


Masjid jimat 50 peratus bil elektrik dengan pemasangan sistem solar

KUALA NERANG, 23 Dis (Bernama) -- Masjid Tengku Sarafuddin Badlishah berjaya mengurangkan bil elektrik sebanyak 50 peratus sejak dilengkapi sistem Solar Net Energy Metering 3.0 yang dilaksanakan Green Energy Generation Sdn Bhd, bermula April lepas.


Jepun, Malaysia bekerjasama dalam peralihan tenaga dan penuaan penduduk - Duta

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Malaysia dan Jepun akan bekerjasama dalam bidang peralihan tenaga dan isu-isu penting lain termasuk perubahan iklim serta penuaan penduduk, kata Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko.


Pindah kuasa kawal selia bekalan gas , langkah ke hadapan merealisasikan MA63 - Hajiji

KOTA KINABALU, 21 Dis (Bernama) -- Keputusan Kerajaan Persekutuan memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada Sabah adalah satu langkah ke hadapan ke arah merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.


TNB ceburi pembangunan ladang solar di United Kingdom

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Vantage RE Ltd, anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah memeterai kontrak dengan BELECTRIC GmbH bagi pembangunan greenfield serta pentauliahan ladang solar berkapasiti 102-megawatt (MW) di United Kingdom (UK).


Tarif elektrik pengguna domestik tidak dinaikkan, elak beban rakyat - PM

PUTRAJAYA, 14 Dis (Bernama) -- Kerajaan tidak berhasrat untuk menaikkan tarif elektrik kepada pengguna domestik bagi mengelakkan rakyat terbeban, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sarawak mahu jana 60 peratus elektrik melalui tenaga boleh diperbaharui menjelang 2030

SEPANG, 9 Dis (Bernama) -- Sarawak akan mengekalkan sekurang-kurangnya 60 peratus gabungan kapasiti penjanaan tenaganya daripada sumber boleh diperbaharui menjelang 2030, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 


TNB gesa penggiat tenaga, sektor awam dan swasta bekerjasama ke arah masa depan mampan

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) menggesa penggiat tenaga serta sektor awam dan swasta di seluruh dunia untuk terus bekerjasama dan memanfaatkan amalan terbaik masing-masing dalam perjalanan ke arah masa depan yang mampan.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]