Berita

Pindah kuasa kawal selia bekalan gas , langkah ke hadapan merealisasikan MA63 - Hajiji

Datuk Seri Hajiji Noor (File pix)

KOTA KINABALU, 21 Dis (Bernama) -- Keputusan Kerajaan Persekutuan memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada Sabah adalah satu langkah ke hadapan ke arah merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Ketika mengalu-alukan keputusan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini, Hajiji berkata ini sentiasa menjadi aspirasi negeri itu dan rakyatnya..

Ketua Menteri berkata beliau telah membangkitkan keperluan untuk memenuhi MA63 semasa pertemuan pertamanya dengan Anwar selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 Nov lalu.

"Kerajaan negeri teguh dalam usaha untuk mengawal dan menguruskan sumber minyak dan gas negeri," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, selepas keputusan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agung, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, Dewan Undangan Negeri (DUN) akan mengadakan sidang khas untuk meluluskan dan mewartakan Rang Undang-Undang Negeri Sabah bagi bekalan gas.

Hajiji berkata Suruhanjaya Tenaga Sabah akan mengambil alih semua kuasa kawal selia untuk bekalan gas di darat (penggasan semula, penghantaran, pengedaran, penggunaan gas oleh pemegang lesen swasta dan runcit) di negeri ini berkuat kuasa serta-merta.

Terdahulu, Anwar mengumumkan kerajaan pusat bersetuju memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas di Sabah kepada kerajaan negeri dan perkara itu dipersetujui sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Persekutuan untuk menghormati MA63.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]