Senarai Berita

Kerajaan Terengganu komited bawa masuk lebih banyak projek solar - Samsuri

DUNGUN, 27 Jan -- Kerajaan negeri Terengganu komited untuk membawa masuk lebih banyak projek loji jana kuasa solar berskala besar (LSS) untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negeri itu.


Keppel, Impact Electrons, Envision akan tawarkan penyelesaian tenaga RE kepada ASEAN

Oleh Massita Ahmad

SINGAPURA, 27 Jan -- Tiga syarikat dari tiga negara telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam pembangunan dan bekalan, penyelesaian pengurusan penyimpanan serta gangguan elektrik rendah karbon, selain meneroka peluang kesalinghubungan grid di ASEAN.


Teknologi kenderaan elektrik antara fokus MOSTI pada 2022

KUALA LUMPUR, 25 Jan  -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memfokuskan kepada tiga bidang utama iaitu kenderaan elektrik (EV), sekuriti kesihatan negara dan inovasi sosial pada tahun ini, selari dengan tema ‘Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi’.


TNB pacu peralihan tenaga ke arah kelestarian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 21 Jan -- Ketika dunia berusaha untuk menangani isu perubahan iklim dan kekangan sumber, Tenaga Nasional Bhd (TNB) melaksanakan peranan penting dalam menyokong peralihan tenaga Malaysia kepada kelestarian.

 


BTM Resources memeterai perjanjian subpajakan sokong perniagaan tenaga biojisim

KUALA LUMPUR, 20 Jan -- BTM Resources Bhd bercadang untuk memajak kira-kira 2,255.33 hektar tanah hutan sekunder, Blok 10 dan Blok 11A di Kemaman, Terengganu selama 63 tahun daripada SPPT Development Sdn Bhd (SPPT) pada kira-kira RM24.7 juta.

 


Proton mahu perkenal kenderaan NEV smart di ASEAN

KUALA LUMPUR, 19 Jan -- Proton Holdings Bhd telah menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan smart Automobile Co Ltd (smart) untuk memperkenalkan rangkaian Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) keluaran smart dalam pasaran automotif ASEAN yang giat berkembang.


Unit KAB ambil alih stesen janakuasa mini hidro di Indonesia

KUALA LUMPUR, 19 Jan  -- KAB Energy Holdings Sdn Bhd (KABEH), anak syarikat milik penuh Kejuruteraan Asastera Bhd (KAB) bercadang membeli 100 peratus saham dalam anak syarikat Sarawak Cable Bhd (SCB), PT Inpola Mitra Elektrindo dengan bayaran RM10,000.


ROVR lancar Sistem Kontena Bahan Api untuk kawasan terpencil di Beaufort

KUALA LUMPUR, 17 Jan  -- ROVR, perkhidmatan pengisian semula mudah alih daripada Petronas Dagangan Bhd (PDB) telah melancarkan Sistem Kontena Mudah Alih Mini (PCS Mini) pertamanya, dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk menyediakan akses bahan api yang lebih mudah kepada penduduk Kampung Limbawang, Beaufort, Sabah.


Penggunaan bas elektrik sokong usaha capai status neutral karbon seawal 2050

PUCHONG, 14 Jan -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penggunaan bas elektrik penuh akan dimulakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan bandar besar sebelum diperluaskan ke seluruh negara sebagai menyokong usaha kerajaan bagi negara mencapai status neutral karbon seawal 2050.


Metronic Global memeterai perjanjian solar 25 tahun dengan Technology PP Industries

KUALA LUMPUR, 13 Jan -- Metronic Global Bhd telah memeterai perjanjian pembelian tenaga solar (SPPA) dengan Technology PP Industries (Northern) Sdn Bhd di bawah model pajakan solar di Kedah.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]