Berita

Ladang Solar Coara Marang Melancarkan Operasi Komersial



Ladang tenaga PV solar terbesar Malaysia akan mengurangkan pelepasan C02 sehingga 120,000 tan setahun

MARANG, Terengganu, 27 Okt (Bernama) -- Coara Marang Sdn Bhd pada 26 Oktober 2022 meraikan pelancaran ladang tenaga PV (photovoltaic) solar yang terbesar di Malaysia. Majlis pelancaran telah disempurnakan bersama oleh YB Dr. Haji Mamad Puteh, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu; Yang Berbahagia Dato’ Mohamad Razif Abdul Mubin, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli; Heidi Geibel, Pegawai Hal Ehwal Ekonomi mewakili Tuan Yang Terutama Dr. Peter Blomeyer, Duta Jerman; bersama Susan Hemming, Pengarah Eksekutif Coara Solar Sdn Bhd dan Anton Milner, Pengarah Urusan ib vogt GmbH.

Projek Solar Coara Marang merupakan syarikat tujuan khas yang dimiliki bersama oleh Coara Solar Sdn Bhd dan rakan niaganya dari Jerman, ib vogt GmbH, dan merupakan projek terbesar yang dibangunkan bersama oleh Coara Solar dan ib vogt pada setakat ini. Coara Marang merupakan antara syarikat yang memenangi skim pembidaan kompetitif LSS3 anjuran Suruhanjaya Tenaga Malaysia pada tahun 2019 untuk mereka bentuk, membina dan mengendalikan ladang tenaga PV solar.




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]