Oleh Massita Ahmad
SINGAPURA, 26 Okt (Bernama) -- Singapura dan Malaysia telah menyelesaikan kerja-kerja menaik taraf saluran penyambung elektrik antara kedua-dua negara, menurut Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga (EMA) Singapura.
Sejak 1983, saluran penyambung (interconnector) membolehkan pemindahan tenaga secara bersama antara Singapura dan Malaysia jika berlaku gangguan sistem jana kuasa, menurut EMA.
“Dengan kerja-kerja menaik taraf sejak Ogos berjaya dilaksanakan pada tahun ini, saluran penyambung itu kini mampu menampung aliran elektrik dua arah sekitar 1,000 megawatt antara Malaysia dan Singapura.
"Jumlah berkenaan adalah dua kali ganda berbanding kapasiti awal serta meningkatkan ketersambungan tenaga serantau," menurut EMA dalam satu kenyataan di sini.
Selain sokongan bersama, EMA menjelaskan saluran penyambung itu kini digunakan untuk perdagangan kuasa rentas sempadan di bawah Projek Integrasi Tenaga Laos-Thailand-Malaysia-Singapura (LTMS-PIP).
LTMS-PIP mengimport sehingga 100 megawatt kuasa hidro boleh diperbaharui dari Laos ke Singapura melalui Thailand dan Malaysia menggunakan sambungan sedia ada.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]