Sarawak Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg (File pix)
KUCHING, 25 Okt (Bernama) -- Sebagai penyedia tenaga boleh diperbaharui terbesar di Malaysia, Sarawak boleh memainkan peranan penting dalam mempercepat peralihan tenaga negara serantau dengan bekerjasama dengan negara jiran dan berkongsi sumbernya.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata agenda pertumbuhan negeri itu menyokong masa depan tenaga yang berdaya tahan dan mampan untuk kemakmuran serantau.
“Kos tenaga yang lebih rendah daripada kuasa hidro boleh diperbaharui turut memberi manfaat kepada pelanggan domestik, perindustrian dan pengeksport Sarawak dengan membekalkan mereka elektrik yang mampu milik, boleh dipercayai dan mampan.
“Menerusi syarikat utiliti milik penuh kerajaan kami Sarawak Energy, saya berbangga mengatakan bahawa Sarawak pada masa ini menawarkan purata tarif tanpa subsidi yang paling rendah di Asia Tenggara dan tenaga elektrik kami terutamanya adalah hijau,” katanya berucap pada Sidang Kemuncak Tenaga Singapura bersempena Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura ke-15 di Singapura hari ini.
Teks ucapan Abang Johari diedar kepada Bernama di sini.
Dalam memenuhi komitmen untuk mengurangkan pelepasan karbon dan kebergantungan kepada bahan api fosil, Abang Johari berkata Sarawak menyelaras Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 bagi mengembangkan pelan tindakan ekonomi strategik di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang dilancarkan pada 2008.
Beliau berkata hasilnya, campuran penjanaan berjaya beralih daripada 92 peratus bahan api fosil pada 2010 kepada 70 peratus kuasa hidro menjelang 2015, dilengkapi dengan sumber termal untuk keselamatan tenaga.
“Peralihan ini telah menyahkarbon intensiti pelepasan sebanyak 72 peratus antara 2010 dan 2020 seterusnya memacu pertumbuhan sosioekonomi Sarawak yang mampan pada masa ini," katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]