Berita

Norway berminat kerjasama dengan Sarawak dalam tenaga boleh baharu 

Sarawak's Deputy Minister for Energy and Environmental Sustainability, Dr Hazland Abang Hipni, (sixth, right) presents a souvenir to the Norwegian Ambassador to Malaysia TYT Morten Paulsen (middle) during a courtesy call at his office in the Baiulmakmur Building, Kuching on Wednesday. - Credit: Dr Hazland Abang Hipni

KUCHING, 5 Jan (Bernama) -- Komitmen Sarawak dalam menerokai tenaga boleh baharu bagi mencapai visi menjadi negeri maju menjelang 2030 mendapat perhatian Norway yang berminat mencari peluang kerjasama.

Perkara itu disampaikan Duta Besar Norway ke Malaysia Morten Paulsen semasa mengadakan kunjungan ke atas Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni di sini, semalam.

Dalam kenyataan hari ini, Dr Hazland berkata Paulsen telah menyatakan minat kerajaan Norway untuk menjalin kerjasama dan menerokai peluang dalam tenaga boleh baharu.

“Dasar kerajaan Sarawak yang turut mempromosikan tenaga hijau dan teknologi juga menarik minat Norway untuk menjadikan Sarawak sebagai destinasi pelaburan khususnya dalam bidang tenaga hijau.

“Duta Besar Norway juga menyatakan minat dalam pelaksanaan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) di Sarawak,” katanya.

Dr Hazland berkata Sarawak berpotensi besar dalam CCUS kerana mempunyai kawasan luas serta struktur geologinya yang sesuai untuk menyimpan karbon dioksida.

“Industri CCUS ini juga akan membuka peluang pekerjaan dan bakal memberikan sumber pendapatan baharu kepada Sarawak. Norway juga sedia membantu Sarawak menjayakan CCUS dengan menyedia dan membekalkan teknologi terkini,” katanya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]