Berita

Jepun, Malaysia bekerjasama dalam peralihan tenaga dan penuaan penduduk - Duta

Takahashi Katsuhiko

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Malaysia dan Jepun akan bekerjasama dalam bidang peralihan tenaga dan isu-isu penting lain termasuk perubahan iklim serta penuaan penduduk, kata Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko.

Takahashi menerusi catatan terbaharunya di Twitter berkata isu-isu berkenaan telah dibincangkan semasa beliau bertemu Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli.

“Perbincangan yang baik mengenai peralihan tenaga serta isu-isu lain seperti digital, perubahan iklim, pengurangan risiko bencana dan penuaan penduduk.

"Saya berhasrat untuk bekerjasama rapat dalam isu-isu tersebut," katanya.

Berdasarkan kepada data Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Jepun merupakan salah satu sumber utama pelaburan langsung asing Malaysia daripada segi projek pembuatan yang dilaksanakan dengan jumlah nilai pelaburan sebanyak US$688 juta (US$1=RM4.405) direkodkan dari bulan Januari hingga Jun tahun ini.

Pada Oktober 2022,  perdagangan dengan Jepun meningkat 21.8 peratus kepada RM15.92 bilion dan menyumbang 6.5 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]