Berita

Tarif purata asas penggunaan kemudahan gas dikurangkan mulai 1 Jan 2023 hingga 31 Dis 2025 - Rafizi

Economy Minister Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR, Dec 23 (Bernama) -- Tarif purata asas penggunaan kemudahan gas yang perlu dibayar oleh pengguna gas bagi tempoh kawal selia kedua (RP2) akan dikurangkan bermula 1 Jan 2023 hingga 31 Dis 2025, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata, penetapan tarif kemudahan gas yang ditetapkan oleh kerajaan bagi setiap tempoh kawal selia adalah sebahagian dari kerangka kawal selia pasaran gas di negara ini di bawah rangka kerja Peraturan Berasaskan Insentif (IBR).

Menurutnya, tarif baharu kemudahan gas bagi tempoh kawal selia kedua (RP2) untuk tempoh tersebut melibatkan empat kemudahan gas iaitu terminal penggasan semula milik Regas Terminal (Sg. Udang) Sdn Bhd (RGTSU), terminal penggasan semula milik Pengerang LNG (Two) Sdn Bhd (RGTP), talian paip penghantaran milik Petronas Gas Bhd (PGB) dan talian paip pengagihan milik Gas Malaysia Distribution Sdn. Bhd. (GMD). 

“Penetapan purata tarif kemudahan gas bagi tempoh kawal selia kedua (RP2) dan pelarasan pendapatan serta purata tarif yang dibenarkan bagi tempoh tersebut adalah purata tarif asas bagi RGTSU kekal seperti mana tempoh kawal selia pertama (RP1) pada kadar RM3.455/gigajoule (GJ)/hari.

“Dan tiada pelarasan pendapatan bagi tempoh 1 Jan 2023 hingga 31 Dis 2023,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi berkata purata tarif asas bagi RGTP turut turun sebanyak 9.2 peratus pada kadar RM3.165/GJ/hari berbanding RM3.485/GJ/hari dalam tempoh RP1 dan tiada pelarasan pendapatan bagi tempoh 1 Jan 2023 hingga 31 Dis 2023.

Sementara itu, purata tarif asas bagi PGB juga turun sebanyak 5.8 peratus pada kadar RM1.063/GJ/hari berbanding RM1.129/GJ/hari bagi tempoh RP1.

“Purata tarif yang dibenarkan bagi tempoh 1 Jan 2023 hingga 31 Dis 2023 adalah RM1.061/GJ/hari selepas pelarasan lebihan pendapatan sebanyak RM0.002/GJ/hari.

“Manakala purata tarif asas bagi GMD kekal seperti mana tempoh RP1 pada kadar RM1.573/GJ/hari. Purata tarif yang dibenarkan bagi tempoh 1 Jan 2023 hingga 31 Dis 2023 adalah RM1.535/GJ/hari selepas pelarasan lebihan pendapatan sebanyak RM0.038/GJ/hari,” katanya.

Rafizi berkata penurunan purata tarif kemudahan gas bagi tempoh RP2 itu dijangka memberi penjimatan dari segi kos tenaga kepada industri.

“Ia bergantung kepada jumlah isi padu penggunaan gas, penurunan purata tarif kemudahan gas ini diunjurkan akan diterjemahkan kepada penjimatan antara RM5.5 juta hingga RM33.2 juta bagi 2023.

“Bagi segmen pengagihan mengikut kategori pengguna sama ada kediaman, komersial atau industri, penjimatan adalah antara RM4,000 hingga RM55.9 juta bagi 2023,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]