KUALA NERANG, 23 Dis (Bernama) -- Masjid Tengku Sarafuddin Badlishah berjaya mengurangkan bil elektrik sebanyak 50 peratus sejak dilengkapi sistem Solar Net Energy Metering 3.0 yang dilaksanakan Green Energy Generation Sdn Bhd, bermula April lepas.
Pengarah Urusan Green Energy Generation Ku Syairi Ku Din berkata pemasangan sistem itu dengan kos RM50,000 adalah hasil infak dua individu serta mendapat kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK).
Beliau berkata sistem solar berkapasiti 10 kilowatt puncak (kWp) itu telah membantu mengurangkan kos elektrik masjid itu daripada RM1,000 sebulan kepada RM500 sebulan.
"Terima kasih kepada penderma kerana berjaya membantu masjid ini mengurangkan kos elektrik dan masjid ini juga menerima manfaat ini bagi tempoh sepanjang 21 hingga 25 tahun secara percuma tanpa sebarang kos," katanya pada Majlis Perasmian Sistem Solar Net Energy Metering 3.0 di sini, hari ini.
Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin berkenan berangkat merasmikan sistem tersebut.
Ku Syairi berkata projek itu akan diperluaskan ke 200 masjid lagi menerusi kaedah infak dan perjanjian pembelian kuasa (PPA) yang membekalkan tenaga bersih solar.
"Pemasangan sistem solar ini akan menjadikan masjid terlibat sebagai perintis utama penggunaan tenaga lestari teknologi hijau (Perintis Masjid Hijau).
"MAIK juga, difahamkan, akan sentiasa memberi sokongan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap faedah teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui," katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]