Berita

PTHM sasar capai 300 megawatt kapasiti tenaga boleh baharu menerusi ladang solar

Ismail Hasim (left)

MELAKA, 7 Mac (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) merancang untuk membangunkan lebih banyak ladang solar dan pemasangan 'solar rooftop' di bangunan kerajaan, persendirian dan industri di negeri itu untuk mencapai sasaran 300 megawat kapasiti tenaga boleh diperbaharui di negeri itu dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ismail Hasim berkata setakat ini Melaka telah mencapai 156 megawatt kapasiti tenaga boleh diperbaharui menerusi empat ladang solar dan pemasangan 'solar rooftop' di salah satu bangunan kerajaan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka di Jalan Hang Tuah.

"Empat ladang solar yang kita ada setakat ini antaranya di Bandar Hijau di Ayer Keroh, Rembia dan yang terbaharu di kawasan Perindustrian Pengkalan Balak, dan kita berharap lebih banyak lagi ladang solar dapat dibuka di Melaka.

"Bagaimanapun kuota kapasiti tenaga boleh baharu itu perlu dibida dan mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga. Kita juga telah mendapat permohonan untuk membuka ladang solar ini, tetapi status tanah belum diluluskan," katanya selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah PTHM bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka.

Beliau berkata usaha itu bertujuan menambah sumber tenaga boleh dibaharui selain mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau dan menggalakkan penggunaan tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif di Melaka selaras Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya (PSMJ) 2035.

Katanya PTHM menggalakkan lebih banyak bangunan khususnya industri menggunakan tenaga solar berkenaan bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga elektrik dan permohonan boleh dibuat kepada pihaknya.

Sementara itu Ismail berkata PTHM sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan beberapa pihak berkaitan lain untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat berkaitan pemasangan ‘solar rooftop’ khususnya di bangunan komersial atau kilang.

"PTHM mahu menjadi sebuah badan yang aktif dalam memantau dan mempunyai data tepat berkaitan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Melaka agar dapat membuat perancangan yang lebih efektif, untuk membanyakkan lagi sumber tenaga ini," katanya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]