SHAH ALAM, 13 Mac (Bernama)-- - Worldwide Holdings Bhd hari ini menandatangani empat memorandum persefahaman (MOU) untuk menjalin kerjasama dalam pembangunan projek tenaga solar bagi mempromosikan penyelesaian yang melibatkan penggunaan tenaga pintar dan tenaga boleh baharu di Selangor.
Worldwide Holdings berkata dua MOU pertama yang ditandatangani adalah berkaitan dengan pembangunan projek loji jana kuasa bebas yang bakal menjana tenaga daripada ladang solar terapung di tasik Cyberjaya
“Tenaga yang dihasilkan kemudian akan diagihkan kepada off-taker (pembeli) yang terdiri daripada syarikat swasta yang ingin menunjukkan komitmen mereka kepada tenaga bersih dan kelestarian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini sempena dengan majlis permeteraian MoU tersebut.
Projek yang akan dibangunkan dengan jangkaan kos sekitar RM100 juta itu akan diterajui oleh Konsortium yang terdiri daripada Worldwide Holdings , Dynac Sdn Bhd dan Majulia Sdn Bhd dan dijangka mula beroperasi pada pertengahan 2025.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Worldwide Holdings Datin Paduka Norazlina Zakaria menandatangani MOU berkaitan bagi pihak konsortium bersama penandatangan dari Cyberview Sdn Bhd, pemaju hub teknologi utama Cyberjaya.
Manakala bagi satu lagi MOU bersama penandatangan dari off-taker projek iaitu Cyberview Sdn Bhd, Wistron Technology (Malaysia) Sdn Bhd, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, Global Energy Storage Malaysia, dan PKNS Real Estate Sdn Bhd.
Dua lagi MOU yang ditandatangani menyaksikan konglomerat tersebut menerajui pemasangan panel fotovoltan (PV) solar di bangunan kerajaan dan kediaman di Selangor.
MOU yang ditandatangani secara berasingan adalah bersama PKNS Real Estate Sdn Bhd untuk pembangunan pelaburan tenaga solar bagi kegunaan sendiri dan Laman Seri Business Park Management Body untuk pelaburan tenaga solar Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) dan perjanjian pajakan bumbung.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang menyaksikan pemeteraian MOU berkenaan berkata projek tersebut adalah sejajar dengan agenda pembangunan negara dan 'Smart Selangor Blueprint’ dan akan menyumbang kepada usaha Malaysia untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 45 peratus menjelang 2030 serta mengurangkan jejak karbon negeri.
“Ia juga mengukuhkan komitmen Selangor terhadap kelestarian dan tenaga hijau,” katanya dalam kenyataan yang sama.
--BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]