Credit: Sarawakku Facebook
KUCHING, 1 Mac (Bernama) -- Sarawak bersedia untuk berkongsi pengalamannya dengan negara-negara jiran dalam bidang penjanaan tenaga boleh diperbaharui demi manfaat bersama daripada segi kelestarian alam sekitar dan ekonomi.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak sudah memiliki pengalaman membangunkan tiga projek hidroelektrik di Batang Ai, Sri Aman, Bakun dan Murum (kedua-duanya di Kapit) untuk membantu negara jirannya.
“Sarawak sudah membekalkan tenaga elektrik ke Kalimantan Barat dan langkah seterusnya ialah penyaluran ke Sabah dan Brunei,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman rasmi Facebook Premier Sarawak hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan sempena lawatan beliau ke Malinau di Kalimantan Utara, Indonesia atas jemputan PT Kayan Hydropower Nusantara (PT KHN), sebuah syarikat pegangan pelaburan Indonesia.
Turut serta dalam lawatan itu ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni.
PT KHN akan membangunkan stesen jana kuasa hidroelektrik terbesar di Indonesia yang terletak di Sungai Mentarang, kira-kira 35 kilometer dari Malinau.
Presiden Indonesia Joko Widodo dijangka akan melakukan upacara pecah tanah projek tersebut, ia menelan kos sebanyak USD2.6 bilion.
Syarikat pembekal tenaga utama milik kerajaan Sarawak, Sarawak Energy Berhad adalah rakan kongsi dalam projek hidroelektrik itu, ia mampu menjana 1,375 Megawatt tenaga elektrik untuk zon industri Kalimantan Utara.
Projek pembinaannya akan dimulakan pada suku pertama tahun depan dan dijangka siap pada akhir 2029 serta beroperasi sepenuhnya pada tahun berikutnya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]