Seng Hin Managing Director, Kor Hock Tart (centre), together with GSPARX Board Member and Head of Solutions, TNB Retail Division, Mohamed Azrin Mohamed Ali (third, left) holding the signed document. Also together are Head of State Retail (Kelantan) TNB Retail Division, Ir Khabir Sufi Berhanuddin (second, left), State General Manager (State Stakeholder Affairs - Kelantan) TNB, Muhamad Azli Ab. Rahim (left), GSPARX Head of Procurement, Ahmad Tarmizi Mohd (second, right), Seng Hin General Manager, Lee Seng Pin (third, right), and Seng Hin Chief Financial Officer, Chai Sin Muh (right). (Credit: TNB)
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, GSPARX Sdn Bhd (GSPARX) akan memasang sistem solar fotovoltaik atas bumbung dengan kapasiti 1.3 MWp untuk Seng Hin Rubber (M) Sdn Bhd (Seng Hin) di kilangnya di Kelantan.
TNB berkata menerusi Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE), inisiatif untuk beralih ke sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) itu akan membolehkan Seng Hin menikmati anggaran penjimatan bil elektrik sebanyak RM18.78 juta dalam tempoh 21 tahun.
Ketua Pegawai Retail TNB, Kamal Arifin A. Rahman berkata pemasangan sistem solar fotovoltaik di tapak kilang Seng Hin yang terletak di Kuala Krai, Kelantan itu dijadualkan siap pada Ogos 2023.
“Inisiatif teknologi hijau itu bakal mempertingkatkan impak pembangunan mesra alam dan kesejahteraan sejagat sejajar dengan komitmen TNB terhadap Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
“Perjanjian ini juga merangkumi solusi tenaga pintar lain seperti Tarif Elektrik Hijau atau Green Electricity Tariff (GET); solusi dari segi kecekapan tenaga dan sistem pemantauan tenaga (EMS) yang dapat mengurangkan pelepasan karbon,” katanya dalam satu kenyataan bersama.
Ia juga sejajar dengan aspirasi nasional menuju negara neutral karbon menjelang 2050 kerana inisiatif tersebut mampu mengurangkan 1,124 tan metrik karbon dioksida setiap tahun bersamaan pemerangkapan gas rumah hijau oleh 20,624 pokok sepanjang tempoh 10 tahun.
Sementara itu Pengarah Urusan Seng Hin, Kor Hock Tart berkata SARE membolehkan Seng Hin mempraktikkan amalan inisiatif hijau dan menyokong agenda kerajaan menuju negara neutral karbon menjelang 2050.
“Pada masa sama, ia juga adalah manifestasi pemerkasaan ESG oleh pihak Seng Hin dari sektor perladangan sebagai pemangkin kepada industri yang setara dalam mengadaptasi pembangunan lestari,” katanya dalam kenyataan yang sama.
Sehingga kini, GSPARX telah memperoleh 357 projek dengan organisasi komersial, perindustrian dan kerajaan, menjana sejumlah 249 MWp kapasiti solar.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]