Berita

Kuota tambahan 630 MW untuk pembangunan projek jana kuasa TBB

The Minister of Natural Resources, Environment and Climate Change, Nik Nazmi Nik Ahmad, addresses the launch of Malaysia Energy Transition Outlook today.

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) memperuntukkan kuota tambahan 630 megawatt (MW) untuk pembangunan projek penjanaan kuasa sumber tenaga boleh baharu (TBB), kata Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata kuota itu yang akan disediakan tahun ini ialah langkah segera untuk mempercepat penggunaan TBB dan meningkatkan pertumbuhan industri TBB di negara ini.

“Ini termasuk 180 MW untuk pembangunan projek hidro kecil, biogas dan biojisim di bawah skim Feed-In Tariff untuk mempelbagaikan sumber jana kuasa daripada tenaga boleh baharu dan 200 MW untuk Program Tenaga Hijau Korporat bagi membolehkan lebih banyak perniagaan yang mementingkan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) pilihan untuk mendapatkan elektrik hijau.

“Turut termasuk, 200 MW untuk program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) Net Offset Virtual Aggregation (NOVA) bagi menggalakkan penggunaan bumbung untuk penjanaan kuasa dalam kalangan pengguna komersial dan industri, serta 50 MW untuk program NEM Rakyat bertujuan menggalakkan penggunaan solar bumbung dalam kalangan pengguna domestik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa pelancaran Malaysia Energy Transition Outlook (METO) di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Agensi Tenaga Boleh Baharu Antarabangsa (IRENA)  Francesco La Camera dan Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Seri Huang Tiong Sii.

Nik Nazmi juga menggalakkan semua pihak berkepentingan untuk lebih banyak melabur dalam TBB dan kecekapan tenaga untuk terus berhubung dan menjelang trend iklim dan kemampanan global.

Beliau berkata ini akan mewujudkan peluang perniagaan untuk negara dan membantu kekal berdaya saing walaupun dalam senario ekonomi global yang mencabar.

“Malaysia telah mengalami kemajuan dalam peralihan sektor tenaganya kepada sistem karbon lebih rendah, bagaimanapun masih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil.

“Dianggarkan Vietnam mempunyai 34 peratus bahagian dalam kalangan negara ASEAN dalam sektor TBB, Thailand (17 peratus), Indonesia (13 peratus) dan Malaysia (10 peratus), jadi kita boleh dan mesti lebih baik,” katanya.

Mengenai program hari ini, METO, usaha gabungan antara IRENA dengan NRECC berfungsi sebagai rujukan untuk penggiat industri tenaga dalam membuat keputusan yang tepat ke arah masa hadapan tenaga yang mampan dalam mewujudkan laluan Malaysia ke arah sistem tenaga karbon lebih rendah.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]