Senarai Berita

Serba Dinamik memperkenalkan sistem pintar untuk tingkatkan hasil industri

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Serba Dinamik Group Bhd, pembekal pakej penyelesaian penyelenggaraan serta kejuruteraan industri telah membangunkan satu sistem yang menggabungkan kecerdasan buatan (AI) dan realiti bercampur yang mampu meningkatkan putaran hasil sesebuah kilang.


PM Mahathir berbual dengan Sophia, robot humanoid

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad kagum dengan kebolehan Sophia, robot humanoid sosial, hanya selepas lapan minit beliau berbuat-bual dengannya hari ini.


Malaysia sedia berunding dengan China mengenai pampasan projek saluran paip gas - Tun M

KUALA LUMPUR, 17 Julai  (Bernama) -- Malaysia bersedia berbincang dengan China dalam ‘perundingan mesra’ membabitkan pampasan ke atas projek saluran paip gas yang dibatalkan, yang dilaksanakan oleh China Petroleum Pipeline Engineering (CPP), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Malaysia hadapi risiko hilang bakat dalam IR4.0 - Tun M

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Malaysia berisiko hilang potensi inovasi baharu daripada bakat semula jadi dalam negara yang belum diteroka, jika industri tempatan, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS), tidak mengguna pakai Industri 4.0 (IR4.0) serta kemajuannya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.


Serba Dinamik yakin capai jualan bernilai RM2.5 bilion pada 2024

Oleh Mohd Khairi Idham Amran

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan kejuruteraan, Serba Dinamik Holdings Bhd yakin perniagaan berkaitan teknologi maklumat (IT) yang dijalankannya akan mencapai jualan bernilai RM2.5 bilion pada 2024.


Robot Sophia berkongsi pandangan mengenai keamanan dunia

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Sophia, robot humanoid sosial yang dihasilkan oleh syarikat Hanson Robotics yang berpangkalan di Hong Kong, mungkin baru berusia tiga tahun namun ia ternyata tanpa ragu-ragu berkemampuan menyuarakan pandangannya mengenai perkara yang berat seperti keamanan dunia.


Syarikat bersekutu Chin Hin, Atlantik Blue sasar penyenaraian di pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Firma tenaga solar, Atlantic Blue Sdn Bhd (ABSB), 45 peratus milik syarikat bersekutu Chin Hin Group Bhd, telah mencadangkan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia menerusi syarikat tujuan khas, Solarvest Holdings Bhd (SHB).


Tiada kenaikan tarif elektrik hingga Disember - Yeo

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Tiada kenaikan tarif elektrik bagi semua kategori pengguna elektrik domestik ataupun komersial dan industri untuk tempoh Julai hingga Disember tahun ini, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin.


Kenaikan harga gas akan tingkatkan kos pengeluaran sarung tangan getah - MARGMA

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) – Kenaikan mendadak harga gas asli seperti diumumkan Gas Malaysia Bhd (GMB) akan menyebabkan harga sarung tangan getah meningkat pada masa depan susulan peningkatan kos pengeluaran, kata Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).


Dobi layan diri tidak mendapat kelulusan ST terdedah risiko letupan

PUTRAJAYA, 14 Julai (Bernama) -- Kira-kira 2,000 dobi layan diri di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah mungkin terdedah dengan bahaya letupan ekoran tidak mempunyai kelulusan dan lesen pengoperasian gas daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]