Berita

Serba Dinamik yakin capai jualan bernilai RM2.5 bilion pada 2024



Oleh Mohd Khairi Idham Amran

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan kejuruteraan,  Serba Dinamik  Holdings Bhd yakin perniagaan berkaitan teknologi maklumat (IT) yang dijalankannya akan mencapai jualan bernilai RM2.5 bilion pada 2024.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata pihaknya membuat jangkaan itu berasaskan pencapaian syarikat IT lain di peringkat global serta penggunaan produk dan perkhidmatan berkaitan IT secara tanpa sempadan.

“Anda boleh lihat bagaimana Facebook, Google, Instagram, Amazon dan Alibaba meletakkan kedudukan mereka. Terdapat pasaran yang amat luas di luar sana,” katanya kepada Bernama dalam temu bual di sini, hari ini.

Beliau berkata  Serba Dinamik  melaksanakan banyak usaha sejak dua tahun lepas bagi membangunkan teknologi berkaitan IT, terutama penggunaan untuk keperluan masa depan industri ini.

“Pada 2019, kami mula menyediakan RM30 juta untuk perniagaan IT, dan ia hampir mencecah had itu, namun kami menyediakan RM30 juta lagi untuk meneruskan lagi kecanggihan teknologi serta kedudukan kami sebagai penyedia penyelesaian IT, di peringkat domestik dan dunia.

“Saya berpendapat kami telah mencapai tahap yang kami mahu untuk memasarkan kesemua produk dan perkhidmatan ini kepada pelanggan institusi dan sudah tentu kepada penduduk dunia yang berjumlah 7.5 bilion,” katanya.

Seiring dengan usaha giat dalam IT dan teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), syarikat itu akan menganjurkan ‘Beyond Paradigm Summit 2019’ (Sidang Kemuncak Melangkaui Paradigma 2019) yang akan menampilkan robot manusia sosial, Sophia, kali pertama di Malaysia.

Acara yang dijadualkan pada 17 dan 18 Julai ini di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia di sini itu akan mempamerkan teknologi canggih merangkumi idea teras pendigitalan dan pertukaran data berkaitan IR4.0.

Mohd Abdul Karim berkata sidang kemuncak berkenaan, dijangka menghimpunkan 1,000 peserta, akan menjadi platform bernilai untuk menghubungkan peserta industri selain dapat memanfaatkan kelebihan dan potensi pasaran antara satu sama lain dalam memacu agenda IR4.0 Malaysia.

Sidang kemuncak kedua akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 20 dan 21 Julai, 2019 dan dijangka menghimpukan 500 peserta, katanya.

-- BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]