Berita

Malaysia sedia berunding dengan China mengenai pampasan projek saluran paip gas - Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR, 17 Julai  (Bernama) -- Malaysia bersedia berbincang dengan China dalam ‘perundingan mesra’ membabitkan pampasan ke atas projek saluran paip gas yang dibatalkan, yang dilaksanakan oleh China Petroleum Pipeline Engineering (CPP), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dilaporkan bahawa Malaysia merampas lebih RM1 bilion daripada akaun bank CPP milik kerajaan negara itu, membabitkan projek saluran paip yang tidak lengkap sepanjang 600 km di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia dan 662 km di Sabah.

Rampasan itu dibuat hampir setahun selepas Malaysia menggantung dua projek paip bernilai US$2.3 bilion dengan CPP sebagai kontraktor utama.

CPP ialah unit syarikat tenaga utama China, China National Petroleum Corp.

Dr Mahathir dipetik sebagai berkata pada Isnin bahawa peruntukan untuk 80 peratus daripada projek saluran paip itu sudah dibayar, namun kerja yang selesai hanya sebanyak 13 peratus.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dilaporkan berkata bahawa kedua-dua negara wajar melakukan rundingan mesra  ke atas sebarang masalah yang timbul daripada projek itu dan menyelesaikannya dengan cara yang bersesuaian.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]