KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- SJK(C) Beng Teik di Bukit Mertajam, Pulau Pinang memeterai perjanjian bekalan bagi tenaga boleh baharu (SARE) dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan anak syarikatnya, TNBX Sdn Bhd dan GSPARX Sdn Bhd.
Sebanyak 1,564 unit kelengkapan elektrik pelbagai jenama yang tidak selamat bernilai lebih RM30,000 dirampas Suruhanjaya Tenaga dalam tiga serbuan di kedai aksesori telefon sekitar Kota Damansara, Selangor pada 25 Jun lepas.
Gas Malaysia Bhd hari ini mengumumkan tarif purata gas asli selepas surcaj bagi sektor bukan kuasa tenaga di Semenanjung Malaysia akan naik 5.3 peratus kepada RM34.66 setiap satu juta unit thermal British (MMBtu) dari 15 Julai- 30 Dis tahun ini.
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Malakoff Gulf Ltd (MGL), anak syarikat milik penuh tidak langsung Malakoff Corporation Bhd (Malakoff) memeterai perjanjian penjualan saham dengan Khazanah Nasional Bhd untuk membeli keseluruhan kepentingan ekuiti Khazanah dalam Desaru Investments (Cayman Isl.) Ltd (DIL) dengan harga US$70 juta (US$1 = RM4.12).
BUKIT MERTAJAM, 11 Julai (Bernama) -- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Beng Teik (Pusat) di sini bakal mencipta sejarah apabila menjadi sekolah pertama di negeri ini yang dilengkapi panel solar melalui perjanjian Pembekalan-Tenaga Boleh Diperbaharui antara sekolah itu dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan GSPARX.
KUALA LUMPUR, 10 Julai (BERNAMA) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengambil langkah untuk meneroka bahagian pertumbuhan baharu selain minyak dan gas konvensional, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.
SEREMBAN, 10 Julai (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Sembilan memperuntukan sumbangan sebanyak RM200,000 bagi melaksanakan Projek Baiti Jannati (PBJ) "Rumahku, Syurgaku" melibatkan empat penduduk Negeri Sembilan yang kurang berkemampuan.
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Barakah Offshore Petroleum Bhd, PBJV Group Sdn Bhd (PBJV) telah menerima pemberitahuan untuk menggantung lesennya daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) pada 8 Julai, 2019.
Kerajaan negeri masih lagi mengadakan perbincangan dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mengenai penglibatan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dari segi ekuitinya dalam sektor minyak dan gas.
Serba Dinamik IT, anak syarikat Serba Dinamik Group Bhd (Serba Dinamik), akan menampilkan Sophia, sebuah robot humanoid, di Beyond Paradigm Summit 2019.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]