Berita

Unit tidak langsung Malakoff beli pegangan Khazanah dalam Desaru Investment LTD

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Malakoff Gulf Ltd (MGL), anak syarikat milik penuh tidak langsung Malakoff Corporation Bhd (Malakoff) memeterai perjanjian penjualan saham dengan Khazanah Nasional Bhd untuk membeli keseluruhan kepentingan ekuiti Khazanah dalam Desaru Investments (Cayman Isl.) Ltd (DIL) dengan harga US$70 juta (US$1 = RM4.12).

Malakoff dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini berkata cadangan pembelian itu akan menyediakan pendapatan segera kepada kumpulan dan meningkatkan aliran tunainya.

"Ia juga akan meningkatkan dan mengukuhkan kapasiti penjanaan berkesan Malakoff bagi tenaga dan air kepada 6,708 megawatt (MW) dan 544,375 m3 setiap hari, daripada 6,600 MW dan 420,925 m3 sehari, selaras dengan strategi pertumbuhan kumpulan itu.

"Sekiranya tiada sebarang sebarang keadaan yang tidak diduga, cadangan pembelian itu dijangka selesai pada suku keempat 2019 dan akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan masa depan kumpulan dan pendapatan sesaham apabila selesai kelak," kata syarikat itu dalam satu kenyataan berasingan hari ini.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]