Berita

Tarif purata gas asli akan naik 5.3 peratus - Gas Malaysia



KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd hari ini mengumumkan tarif purata gas asli selepas surcaj bagi sektor bukan kuasa tenaga di Semenanjung Malaysia akan naik 5.3 peratus kepada RM34.66 setiap satu juta unit thermal British (MMBtu) dari 15 Julai- 30 Dis tahun ini.

Semakan semula itu, susulan surcaj sebanyak RM1.92/MMBtu, diguna pakai bagi semua kategori tarif di bawah mekanisme Pelepasan Kos  Gas (GCPT).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata tarif asas purata ditetapkan pada RM32.74 MMBtu daripada RM32.69 MMBtu ketika ini.

Gas Malaysia turut menjelaskan semakan semula tarif itu tidak terpakai kepada jualan gas asli bagi kenderaan gas asli (NGV) dan gas cecair petroleum (LPG) yang dibekalkan dalam silinder gas  atau bekalan pukal.

“Semakan semula tarif itu tidak mendatangkan kesan terhadap operasi perniagaan Gas Malaysia, ia dijangka menyumbang secara positif terhadap kedudukan kewangan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019,” katanya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]