KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Barakah Offshore Petroleum Bhd, PBJV Group Sdn Bhd (PBJV) telah menerima pemberitahuan untuk menggantung lesennya daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) pada 8 Julai, 2019.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Barakah berkata surat daripada syarikat minyak negara itu menyatakan terdapat laporan buruk daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) berhubung PBJV yang tidak melaksanakan kontrak berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan bawah air untuk PCSB.
"Akibatnya, Petronas telah memutuskan untuk mengantung lesen PBJV untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa dari tarikh surat itu," katanya.
Petronas termasuk anak-anak syarikatnya dan semua Kontraktor Pengaturan Petroleum (PAC) tidak akan memberi sebarang kontrak baharu kepada PBJV semasa tempoh penggantungan tersebut, sebagai implikasi kepada Barakah.
"PBJV tidak akan dibenarkan untuk membida projek-projek baharu dijalankan oleh Petronas termasuk anak syarikatnya dan semua PAC dalam tempoh penggantungan," katanya.
Bagaimanapun, PBBV Barakah berkata PBJV masih dibenarkan meneruskan dan menyiapkan kontrak sedia ada dengan Petronas termasuk anak syarikatnya dan PAC mengikut terma dan syarat kontrak sedia ada dan yang masih berjalan.
"Syarikat itu akan mendapatkan penjelasan daripada Petronas dan merayu terhadap penggantungan itu," kata Barakah.
Semasa rehat tengah hari, saham Barakah di Bursa Malaysia naik setengah sen kepada enam sen, dengan 135,395,900 saham diniagakan.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]