Berita

SJK(C) Beng Teik meterai SARE dengan anak syarikat TNB



KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- SJK(C) Beng Teik di Bukit Mertajam, Pulau Pinang memeterai perjanjian bekalan bagi tenaga boleh baharu (SARE) dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan anak syarikatnya, TNBX Sdn Bhd dan GSPARX Sdn Bhd.

Usaha ini sekali gus menjadikan SJK(C) Beng Teik sebagai sekolah pertama di negeri itu yang akan memasang sistem panel solar di bumbung bangunan sekolah.

“Apabila pemasangan selesai pada Oktober tahun ini, sekolah tersebut akan menjana 77.5kW elektrik untuk membiayai sebahagian kos bil elektriknya,” menurut TNB dalam kenyataan.

SARE merupakan kontrak tiga pihak antara TNB, GSPARX sebagai Pelabur Solar Fotovoltan Berdaftar (RPVI) dan SJK(C) Beng Teik pula adalah pelanggan.

Perjanjian itu membolehkan SJK(C) Beng Teik menikmati kadar elektrik lebih rendah daripada tarif yang diwartakan.

SJK(C) Beng Teik juga boleh menjual lebihan tenaga solar daripada pemasangan panel solar PV kepada TNB dan memperoleh kredit tenaga berasaskan persetujuan kedua-dua pihak untuk mengurangkan lagi bil elektriknya menerusi skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM).

 Ketua Pegawai Runcit TNB, Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata skim tersebut secara amnya ditawarkan kepada kerajaan tempatan dan persekutuan, serta pelanggan komersial dan industri untuk membantu mereka mengurangkan kos elektrik menerusi penjanaan tenaga boleh baharu.

“Kami berharap skim SARE akan menjadi antara inisiatif untuk memastikan penciptaan nilai kelestarian,” katanya.

Megat Jalaluddin juga berkata TNB sedang meneroka peluang kerjasama bersama beberapa syarikat berpengalaman yang berkedudukan kukuh dalam pasaran tenaga boleh baharu.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]